Rabu, 20 Jun 2012
SEKSAAN MENANTI WANITA
Rasulullah S.A.W telah melihat beberapa seksaan yang menimpa wanita . . .
Setiap kali terkenangkan beberapa seksaan yang menimpa wanita yang dilihatnya ketika melalui peristiwa Israk Mikraj, baginda Nabi Muhammad S.A.W pasti akan menitiskan air mata . Lihatlah, betapa sayangnya baginda Rasulullah kepada umatnya terutama kepada wanita.. Dan sebagai wanita Islam seharusnya bersyukur atas kasih sayang baginda..
Antara seksaan yang telah dilihat Baginda ialah :
1- Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya yang mendidih.. Mereka ini adalah perempuan-perempuan yang enggan melindungi rambutnya daripada pandangan lelaki bukan muhrim ..
2- Perempuan yang digantung dengan lidah dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya .. Mereka ini adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya ...
3- Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya . . . Mereka ini merupakan golongan perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa kebenaran suaminya ...
4- Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya dan dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ekor ular dan kala jengking ... Mereka ini adalah golongan wanita yang boleh solat dan berpuasa namun tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan mandi junub . . golongan ini juga selalu keluar rumah tanpa izin suami terlebih dahulu dan tidak mandi ( tidak bersuci daripada haid dan nifas )
5- Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala .. golongan ini adalah wanita yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain . .
6- wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka merupakan wanita yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya . . .
Oleh itu, para wanita sekalian .. jika tidak mahu seksaan di atas menimpa kepada diri sendiri maka ikutilah segala perintah ALLAH S.W.T dan tinggalkan larangan-NYA ... apa salahnya jika kita mematuhi segala perintah-NYA .. Sama-sama lah kita renung-renung petikan di atas dan bermuhasabah diri.. Adakah kita tergolong daripada golongan tersebut.. Jika tidak, syukur Alhamdulillah.. Dan jika sebaliknya, cepat-cepatlah kita perbetulkan.. " Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa" .. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-NYA yang ingin bertaubat ...kebahagiaan akhirat adalah kebahagiaan yang kekal abadi.. kita mencari redha ALLAh bukan redha manusia .. Dan sesungguhnya, keredhaan ALLAH itu terletak pada keredhaan ibubapa kita .. WALLAHUALAM
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan