Bismillah,
Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Pada
kebiasaannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan
diadakan oleh keluarga orang yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut
menjemput orang-orang hadir yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan
sahabat handai ke rumah si mati bagi membacakan ayat-ayat Al-Qur‘an seperti
surah Yasin, bertahlil dan sebagainya untuk dihadiahkan pahalanya kepada si
mati. Selepas acara tersebut semua tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati
jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Apakah amalan sedemikian sesuai
dengan kehendak hukum syarak?
Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :
Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :
Tafsirnya: “
Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri
kamu , tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan
yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”.
(Surah
Al-Muzzammil: 20)
Menurut Ibnu
Hajar, adalah sunat bagi jiran si mati sekalipun bukan berasal dari negerinya
atau bukan ahli keluarga si mati menyediakan makanan yang boleh mengenyangkan
ahli keluarga si mati pada hari tersebut hingga ke malamnya. Begitu juga sunat
bagi keluarga si mati yang jauh berbuat demikian kerana ahli si mati ketika itu
diselubungi oleh kesedihan di atas kematian tersebut. (Hawasyi Al-Syarwani dan
Ibnu Qasim (Al-Tuhfah) : 3/207)
Jika dilihat kepada kebiasaan kenapa
majlis kenduri arwah itu diadakan, ialah bertujuan untuk memohon rahmat kepada
Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati dengan mengajak dan membawa orang ramai
khususnya sanak saudara supaya berdoa untuk si mati supaya si mati mendapat rahmat
daripada doa tersebut; selain itu ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan
(silaturahim) di kalangan sanak saudara dan kerabat serta jiran. Maka dari
sudut ini mengadakan majlis kenduri arwah itu adalah suatu perbuatan yang baik
dan digalakkan oleh Islam.
Walau
bagaimanapun, supaya tujuan kenduri tersebut selaras dengan kehendak agama,
janganlah ia dianggap bahawa ia dibuat sebagai suatu perkara hak bagi si mati
yang mesti ditunaikan oleh keluarganya. Begitu juga jamuan itu jangan dianggap
sebagai suatu perkara agama yang di syari‘atkan.
Jelasnya,
mengadakan kenduri arwah dan membuat jamuan itu jika tujuannya untuk membalas
budi baik kepada orang dan jiran kepada si mati serta menghubungkan silaturahim
tidaklah menjadi kesalahan dalam agama. Yang lebih elok dan sunat pula, apabila
kaum kerabat dan jiran menghantar makanan kepada ahli si mati sebagai tanda
simpati untuk meringankan beban mereka kerana ahli si mati ketika itu dalam
keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah yang sebenarnya wajar
dilakukan oleh orang Islam dalam usaha meringankan bebanan keluarga si mati dan
di antara cara menghiburkan mereka. Inilah juga perkara yang disuruh oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai kepada Baginda berita
kematian Ja‘afar bin Abi Talib, Baginda bersabda :
Maksudnya:
“Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah meninggal,
(kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk
(disebabkan ditimpa kematian itu)”.
(Hadis
riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan
hadis di atas adalah jelas bahawa menyediakan makanan oleh jiran atau keluarga
sama adatau yang jauh kepada ahli keluarga si mati adalah perbuatan yang
terpuji kerana berbuat begitu menzahirkan perasaan simpati, kasih sayang,
silaturahim dan mengambil perhatian terhadap keluarga si mati. Di samping itu
juga dianggap sebagai meringankan beban dan menghiburkan keluarga yang ditimpa
kesedihan.
Di negara
kita, timbul pula budaya baru dalam usaha meringankan beban dan menghiburkan
keluarga yang ditimpa kematian itu. Namun caranya bukan dengan menghantarkan
makanan, tetapi dalam bentuk yang lain iaitu memberikan sampul-sampul surat
sambil menziarahi keluarga dan mayat. Sampul-sampul itu berisi wang yang
berbeza-beza jumlahnya untuk diberikan kepada keluarga si mati, sebagai tanda
simpati. Yang lebih menarik lagi, ianya bukanlah terhad dilakukan oleh kaum
kerabat dan jiran-jiran sahaja, malahan juga rakan taulan dan siapa sahaja,
dengan tidak mengira jauh ataupun dekat. Budaya seumpama ini sesuai dengan
kehendak sunnah seperti di atas yang wajar kita amalkan dan kekalkan.
Sebahagian
orang mengadakan kenduri arwah ini sehingga empat puluh hari. Amalan sedemikian
nampaknya tidak bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh Mujahid apabila
seseorang itu mati maka langit dan bumi akan menangis di atas kematiannya
selama empat puluh pagi, kerana bumi dan langit kehilangan seorang hamba Allah
yang sentiasa mengimarahkan bumi dengan ruku‘ dan sujud. Manakala langit pula
kehilangan ucapan tasbih dan takbir. Menurut Ali dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu
‘anhuma bahawa apabila seorang mukmin meninggal dia ditangisi oleh tempat
ibadatnya di bumi dan tempat naik amalnya yang baik di langit. (Al-Qurtubi:
16/130)
Islam sangat
menggalakkan orang hidup terutama kepada anak-anak dan keluarga terdekat yang
lain supaya sentiasa membaca Al-Qur‘an, doa dan zikir dan menghadiahkan pahala
bacaan tersebut kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah
meninggal. Pada hakikatnya pembacaan Al-Qur‘an, bertahlil dan seumpamanya itu
tidak hanya terhad atau terikat dengan tujuh hari, empat puluh hari atau
disebut sebagai makan haul, bahkan bacaan-bacaan tersebut sepatutnya sentiasa
diamalkan sepanjang masa supaya ibu bapa dan keluarga yang telah meninggal itu
mendapat rahmat, ketenangan dan kebahagiaan sebagaimana yang dinanti-nantikan
oleh mereka. Hal ini telah digambarkan dalam sebuah hadis:
Maksudnya:
“Umpama orang mati itu dalam kuburnya seperti orang karam yang berpaut dengan
apa sahaja, dia menanti doa daripada anak, atau bapa atau saudara atau kerabat,
dan sesungguhnya doa itu masuk ke dalam kubur si mati (iaitu) doa daripada
orang yang hidup yang berupa cahaya seperti gunung besarnya”.
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam juga menyatakan bahawa tiap-tiap seorang hamba
Allah mempunyai dua pintu di langit, sebuah pintu tempat amalnya naik dan
sebuah lagi tempat rezekinya turun; maka apabila seseorang mukmin itu mati,
ternyata kehilangannya oleh kedua pintu itu, lalu menangisinya. Perkara ini
telah diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, sebagaimana Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Orang mukmin itu mempunyai dua pintu, satu pintu bagi amal kebajikannya naik
ke langit dan satu pintu tempat turun rezekinya daripada langit. Maka apabila
seseorang itu mati kedua-dua pintu itu menangis. Oleh kerana itu Allah Ta‘ala
berfirman: “Mereka itu (Firaun dan orang-orang yang tidak melakukan amal
kebaikan di muka bumi ini, ketika dibinasakan) tidak ditangisi oleh langit dan
bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”
(Hadis
riwayat Al-Tirmizi)
Abu Al-‘Ijji
Al-Dimasqiyi menyebutkan dalam Syarh Al-Aqidah Al-Thahawiyah, menurut ahli
Sunnah wa Al-Jama‘ah, puasa, sembahyang atau sedekah untuk dijadikan pahalanya
kepada orang lain sama ada yang telah mati dan yang hidup adalah harus. Pahala
tersebut juga sampai kepada mereka. Begitu juga pendapat ulama Syafi‘eyah
bahawa doa yang dihadiahkan kepada orang mati dan orang hidup akan sampai
kepada mereka sama ada kepada keluarga yang dekat atau jauh, dengan wasiat atau
sebaliknya. Perkara ini dijelaskan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam. (Syarh Al-Aqidah At-Thahawiyah: 664 / Hukm Al-Syari‘ah
Al-Islamiyah Fi Ma’tam Lailah Al-Arba‘in: 19 & 37)
Allah
Subahanahu wa Ta‘ala juga menjelaskan di dalam Al-Qur‘an bahawa doa orang yang
hidup kepada orang yang telah mati itu memberi manfaat kepada si mati. Dalam
hal ini Allah Subahanahu wa Ta‘ala memerintahkan supaya beristiqfar (memohonkan
keampunan) untuk para sahabat, tabi‘en, orang-orang alim, termasuk keluarga,
sanak saudara, rakan dan taulan dan orang-orang Islam yang lain yang telah
meninggalkan kita terlebih awal termasuk sebagaimana Allah berfirman:
Tafsirnya:
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan)
berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami
yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah dalam hati kami perasaan hasad
dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami
sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.
(Surah
Al-Hasry: 10)
Dalam hal
ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga memerintahkan para sahabat
memohon keampunan bagi Raja Najasyi yang telah meninggal. Begitu juga Baginda
memerintahkan umat Islam memohon keampunan bagi si mati ketika
dikuburkan,sebagaimana sabda Baginda:
Maksudnya:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepada kami bahawa
Najasyi, Raja Habsyah meninggal pada hari itu, lalu Baginda bersabda:
“Pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu”.
(Hadis riwayat
Al-Bukhari)
Dalam
riwayat yang lain, Osman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anhu berkata:
Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila selesai menguburkan mayat, Baginda
berdiri di atasnya seraya bersabda: “pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu, pohonkanlah
baginya ketetapan menjawab kerana ketika ini dia sedang disoal”
(Hadis
riwayat Abu Daud)
Begitu juga
dengan bersedekah, pahala sedekah tersebut akan memberi manfaat kepada si mati
jika diniatkan sedemikian, sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam
apabila ditanya: “Adakah sesuatu yang bermanfaat bagi seseorang yang meninggal
apabila disedekahkan sesuatu untuknya? Hal ini diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas
Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Sa‘ad bin Ubadah saudara Bani Sa‘edah, pada masa kematian ibunya,
dia tidak berada di sisinya, lalu beliau datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu ku telah meninggal
sedang aku tidak berada di sisinya, oleh kerana itu adakah sesuatu boleh
memberi manfaat kepadanya jika aku sesuatu itu untuknya?” Baginda bersabda:
“Ya”, Sa‘ad berkata: “Maka sesungguhnya aku bersaksi kepada engkau bahawa
kebunku yang berbuah itu adalah sedekah untuk ibuku”
(Hadis
riwayat Al-Bukhari)
Dalam hadis
yang lain juga ada menyatakan:
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara tiba-tiba dan aku menyangka apabila dia (dapat) berkata-kata maka pasti dia akan bersedekah, apakah aku (dapat) bersedekah untuknya?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ya, bersedekahlah untuknya”.
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara tiba-tiba dan aku menyangka apabila dia (dapat) berkata-kata maka pasti dia akan bersedekah, apakah aku (dapat) bersedekah untuknya?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ya, bersedekahlah untuknya”.
(Hadis
riwayat Al-Bukhari)
Berdasarkan
ayat Al-Qur‘an dan hadis-hadis di atas, amal kebajikan yang dilakukan sama ada
amalan mengadakan kenduri arwah atau bersedekah, memberikan wang kepada orang
yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an hingga khatam, berdoa dan
sebagainya dengan niat pahalanya untuk si mati lebih diyakini bahawa pahalanya
akan sampai kepada si mati.
Memberi
Wang Kerana Menyembahyangkan Mayat
Kadang-kadang
menguruskan mayat itu menggunakan perbelanjaan yang banyak keranakeluarga si
mati akan memberi wang kepada orang-orang yang menyembahyangkan mayat.
Berhubung dengan perbelanjaan ini jika orang yang memberi itu bukan ahli waris
seperti kaum kerabat yang terdiri daripada zawilarham, anak menantu atau
sahabat-sahabat si mati dan harta yang diberikan itu pula bukan daripada harta
si mati, maka adalah harus diberikan kepada orang-orang yang menyembahyangkan
mayat, membaca Al-Qur‘an dan tahlil dengan maksud pahalanya untuk si mati.
Jika yang
memberi wang itu terdiri daripada ahli waris dan wang yang diberikan itu pula
ialah harta atau wang pusaka (warisan), maka hendaklah terlebih dahulu mendapat
persetujuan daripada semua ahli waris yang berkenaan. Sekiranya hal ini
terjadi, perlu juga diingat bahawa hendaklah penggunaan wang atau harta pusaka
itu tidak menjejaskan perkara-perkara wajib bagi si mati seperti menunaikan
wasiat, zakat, hutang dan lain-lain.
Maka dalam
hal ini sama ada pemberian berupa wang atau seumpamanya kepada orang yang
menyembahyangkan, pembaca-pembaca Al-Qur‘an, atau kepada jemputan yang hadir
yang turut mendoakan si mati, pemberian wang tersebut boleh sahaja diterima
sebagai sedekah kerana si mati, bukannya upah sembahyang. Si penerima juga
boleh membuat pilihan sama ada menerima sedekah tersebut atau menerimanya
kemudian menyedekahkannya semula kepada keluarga si mati. Ini yang elok,
kiranya keluarga si mati itu lebih memerlukannya atau sangat berhajat kepada
wang berkenaan.
Di sini
perlu diperjelaskan bahawa pemberian sedekah seperti wang kepada orang-orang
yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an, tahlil dan kepada jemputan yang
hadir tidaklah termasuk perkara yang dituntut di dalam penyelenggaraan mayat
dan ia bukanlah suatu perkara yang wajib atau sunat yang disyari‘atkan oleh
agama.
Maka
sewajarnya perbuatan pemberian sedekah seperti itu hendaklah mengambil kira
tidak memberatkan atau membebankan kepada keluarga atau ahli waris si mati.
Firman Allah Subahanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan
apa yang terdaya olehnya”.
(Surah
Al-Baqarah: 286)
Hal ini juga
sesuai dengan ajaran dan pimpinan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
sebagaimana diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya:
“Kami berada di sisi Umar lalu beliau berkata: “Kami dilarang daripada sebarang
perbuatan yang memberatkan”.
(Hadis
riwayat Al-Bukhari)
Saat
kedatangan ajal maut itu mustahak sentiasa dalam ingatan supaya setiap orang
akan siap sedia dengan amalan yang membawanya ke syurga. Kenduri arwah atau
seumpamanya selepas kematian seseorang itu hanyalah satu usaha daripada
orang-orang yang hidup. Namun usahanya sendiri di samping rahmat Allah penentu
kepada nasib sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan