Bismillahirrahmanirrahim….
Tertarik dengan satu sesi perbincangan
bersama ustaz Haslin, Heliza dan editor majalah An Nur tentang tajuk:BERTUDUNG,
TAPI SEKSI..
Inilah reality sekarang. Ini kerana imej
bertudung kini tidak lagi disesuaikan dengan baju kurung atau jubah, tetapi ia
telah diubah suai mengikut peredaran zaman. Mungkinkah ini agenda Yahudi kuffar
yang ingin melihat kehancuran umat Islam? Teringat video ‘The Arrival’ siri 46,
salah satu taktik mereka untuk memusnahkan cara hidup umat Islam ialah melalui
‘sex’. Umat Islam hari ini disajikan dengan pelbagai konsert Hollywood yang
membahayakan iman, majalah lucah yang berlambak di pasaran, budaya mengagungkan
artis, fesyen yang terpesong dari syari’at Islam dan banyak lagi agenda jahat
mereka. Tanpa sedar, sedikit sebanyak ia telah berjaya mempengaruhi jiwa pemuda
pemudi Islam hari ini. Lihatlah cara hidup kebanyakan kaum hawa hari ini,
terlalu ramai yang tidak bertudung dan ada yang bertudung, tapi berpakaian
ketat, nipis dan terbuka.. Inilah yang menjadi topik perbincangan di WHI tadi.
Kebanyakan alasan yang digunakan untuk membenarkan perkara ini iaitu BERTUDUNG
TAPI BERFESYEN KETAT, NIPIS dan TERBUKA ialah
- Dosa
kecil je kalau sekadar ketat sedikit pun. Kami kan dah bertudung
- Lambang
kemodenan (up to date)
- Setaraf
dengan wanita lain agar tidak dipandang ‘lain’ oleh mereka
- Jalan
cepat bertemu jodoh
Moga kita semua diberi hidayah taufiq untuk
terus mengamalkan Islam dalam SELURUH KEHIDUPAN seharian kita sebagaimana
firman Allah Ta’ala: “Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam
secara sempurna”. Jadi, saya terfikir untuk berkongsi ilmu yang saya dapat
hasil daripada pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS. BAGAIMANA
MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail lulusan B.A
(Hons) Al-Azhar. Sungguh, saya akui mutiara ilmu daripada buku ini amat
bermakna dalam memberi keyakinan untuk terus istiqomah dengan pemakaian
muslimah dan Alhamdulillah, setakat ini 4 orang sahabat yang mana selama ini
ragu untuk berubah ke arah yang lebih baik TELAH BERJAYA MENDAPAT KEYAKINAN
melalui hujah dan jawapan yang diberikan dalam buku ini kerana kesemua hujahnya
bersandarkan Al Quran dan as Sunnah. Segala puji bagi Allah dan semoga Allah
limpahkan rahmat kepada Ust Hj Mohd Hanif serta hasil tulisan ini mampu sedikit
sebanyak membetulkan gaya hidup dan identiti muslimah kini supaya tidak
tersasar dari landasan syara’.
APA ITU TABARRUJ ??
Menurut Imam Bukhari: Tabarruj
ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang
bukan mahram. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan
segala benda yg bertujuan utk perhiasan. Al- Qurtubi telah
menafsirkan bahawa perhiasan itu terbahagi pada 2 iaitu perhiasan semula
jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah
dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi manakala perhiasan
buatan pula ialah alat2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan lagi
kecantikan dirinya.
APAKAH TABARRUJ DIBOLEHKAN DALAM ISLAM ??
Firman Allah Ta'ala: “Janganlah
mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”. Oleh sebab
itu, Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita menutup aurat supaya dia
tidak mendedahkan perhiasannya. Namun realiti hari ini, terdapat pelbagai
fesyen tudung yang mana tidak selari dengan tuntutan syari’at. Pernah sekali
saya menonton rancangan busana muslimah. Programnya bercirikan Islam, namun
gaya penampilannya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah
memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg
diketengahkan melalui rancangan ini berlawanan terus dgn saranan Allah.
Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh
sehingga ke punggung. Masya Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong
dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org
yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan
Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya
atau fitnahnya
'STRICT'NYA ISLAM. NAK BERHIAS SIKIT PUN X
BOLEH KE?
Tidaklah salah untuk kita berhias
kerana Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan, tapi
berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan
syariat .Berpakaianlah mengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak
Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam surah Al A'raf: 25.
“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat
kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang
disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah
limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya” (Al-A’raf:25)
Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:
1) Pakaian yang menutup aurat, yang
malu apabila dilihat orang.
2) Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai
penghias badan
3) Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2,
ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup
aurat:
o Menutup
seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
o Tidak
nipis dan terlalu jarang
o Tidak
ketat dan longgar
o Tidak
menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya
Namun realiti muslimah kini, ramai yg
menyokong dan mengamalkan tabarruj ini. Lihatlah fesyen hari ini, ramai yang
bertudung, tapi dipakai dengan baju yang ketat dan nipis hingga menampakkan
bentuk badan. Ramai yang bertudung, tapi dililit ke atas hingga menampakkan dada.
Ia jelas bertentangan dengan suruhan Allah dalam surah An Nur ayat 31: "Dan
katakanlah pada perempuan beriman agar melabuhkan tudung ke dadanya...".
Ramai yang bertudung, tapi tudung terlalu nipis hingga menampakkan rambut.
Ramai yang bertudung, tapi perhiasan terlalu banyak hingga menarik perhatian
orang ramai. Inilah realiti hari ini. Mereka sering berhujah dengan pelbagai
alasan untuk mengahalalkan tabarruj ini, sehingga terkadang kita sering tertipu
dengan retorik yang diada-adakan oleh mereka. Namun Alhamdulillah,
buku ini akan menjawab segala alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan
tabarruj ini.
ALASAN 1: Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe
je..
Kebanyakan golongan wanita terpelajar yg
lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan
kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai
dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yg dilakukannya dpt melenyapkan dosa2
kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mereka
menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan:70 yg bermaksud: “kecuali
orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik. Maka orang
itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan
kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani".
Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa
kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata
pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”. Renunglah hadis Nabi ini: “Seorang mukmin
melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke
atasnya. Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap
di muknya, maka dihalaunya lalat itu”.
Adakah kita memilih untuk menjadi seorang
munafiq berbanding seorang mukmin sebagaimana hadis Nabi tadi? Dan satu
lagi, INGATLAH, sesungguhnya KEBAIKAN ITU DAPAT MENGHAPUSKAN
KEJAHATAN JIKA DISERTAI dengan PENYESALAN dan TAUBAT. Adapun jika
berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan
menghapuskan kebaikan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal
kamu”
ALASAN KE-2: Tabarruj adalah lambang
kemodenan, up-to-date
Pasti ramai di kalangan perempuan yang
bertudung labuh pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap
tidak up-to-date. Kita yg masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga
kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berkumpul bersama kerana imej kita
yg tidak selari dgn tuntutan tamadun moden kini.
Tapi, janganlah bersedih wahai wanita beriman
kerana Allah Ta'ala telah berfirman: Janganlah kamu berasa hina dan
janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi
darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran:139). Wanita yg melakukan
tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yg jahil tentang agama.
Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan
maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan tentang Islam.
Sangat aneh apabila Barat yg begitu masyhur
amat menitik beratkan agar barang2 berjenama dibalut dan dibungkus rapi agar
terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap
benda bernyawa yg bergelar PEREMPUAN. Malah, merek menuntut agar wanita
mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai untuk iklan dan
melariskan jualan. Jelas terbukti bahawa Barat telah meletakkan maruah kaum
wanita di bawah paras harga dan nilai barangan2 biasa di kedai. Kalau kaum
wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih
berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu?
Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambang kemodenan kerana KEMODENAN
SEBENAR DI SISI ALLAH ialah KEMODENAN YANG MEMBAWA RAHMAT BAGI SEKELIAN
ALAM.
ALASAN KE-3: Tabarruj meletakkan diri
seseorang wanita setaraf dengan kebanyakan wanita lain supaya terselamat dari
penghinaan dan cercaan
"Islam bermula dengan dagang
(asing) dan berakhir dengan dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang".
Hakikat hari ini, TERLALU SEDIKIT bilangan muslimah yang benar2 berpakaian
menutup aurat menurut kehendak syari'at, sehingga sering saja mereka berasa
tersisih dari dunia ramai kerana rata2 perempuan kini berpakaian sekadar
menutup apa yang patut sahaja.
Tapi fikirkan: Jika wanita jahil menghina
hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan
dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia
mengikut jejak mereka? Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum
tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”. Menghairankan sekali, KENAPA
WANITA MUSLIMAH KINI TIDAK MALU MENONJOLKAN IDENTITI FASIQ, TETAPI MALU UNTUK
MENONJOLKAN IDENTITI TAQWA DAN IMAN DENGAN BERPAKAIAN MENURUT SYARI'AT. Adakah
mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata
kerana takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan
maksiat ini? Lalu mengutamakan redha mereka daripada redha Allah Ta'ala?
Fikir secara logiknya, adakah mereka
ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan
berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka? Ketahuilah,
sesungguhnya wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup
memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w
sebagai ikutan. Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan
di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan
ketaqwaan? Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang rendah dan
mentertawakan muslimah sejati yg mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan
datang suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yang akan mentertawakan
wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin:29-36:“Sesungguhnya,
orang yang derhaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang
beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya……Maka pada hari
ini, orang beriman pula mentertawakan orang (derhaka) itu”
ALASAN KE-4: Tabarruj adalah jalan untuk
percepatkan perkahwinan bagi perempuan
Jika kita lihat senario kini, ramai
muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung
yg pelbagai fesyen kini kerana bimbang diri mereka yg belum disunting lagi
untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi
sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2
pemuda. Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal
menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang
kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj
mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan
penceraian.
Maka, hendaklah wanita muslimah berhati-hati
terhadap murka Allah. Janganlah berterusan mengikut hawa nafsu kerana
dipermainkan oleh syaitan yang memperelokkan amalan buruk sehingga menampakkan
ia hanyalah dosa kecil dan menyebabkan mereka melihat perkara haram
sebagai halal. Na'uzubillah min zaalik. Semoga kita semua dapat istiqomah di
atas jalan yang benar dan menjadi mukminat solehah kerana mukminat solehah
itu lebih cantik daripada bidadari syurga.
p/s: Jika hendak mantap lagi, kajilah
keperluan menutup aurat menurut kajian saintifik.
SETIAP PERINTAH ALLAH PASTI BAWA RAHMAT
DAN KEBAIKAN PADA UMATNYA, sama ada perintah itu BERAT atau RINGAN. Mohon agar
Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk istiqomah dengan cara hidup Islam
sebenar.
Segala yang baik ini daripada Allah Ta’ala
dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Semoga usaha yang
sedikit ini mampu menjadi bekal amal soleh untuk bertemu dengan Allah suatu
hari nanti. Siiru ‘ala barakatillah..
MUTIARA BERHARGA: TABARRUJ DOSA BERHIAS.
Bagaimana mengenali & menghindarinya. 105 pg
Sumber : Peanutjambu.Blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan