Apabila roh keluar dari jasad, ia
akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air
yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi
sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah
kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi
belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah
dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai
ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai
mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk
di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat
jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah
pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan
apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah
untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah saw
bersabda: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai
ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung
Rasullullah saw lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang
munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang
nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu
tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka
datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt "
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula
dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh
orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu,
tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman
itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat
Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti
burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan
berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh
orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh
para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1.
Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di
hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan
kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu
amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila
panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan