1001
Kisah Haji
4
Malaikat yang muncul semasa nazak...
1- Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata
: ” Akulah yang ditugaskan memberi rezekimu, samada di timur atau di barat bumi
ini. Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau
sesuap rezeki “.
2- Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam
dan berkata : Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya samada
semasa kamu berada di timur atau barat di atas muka bumi ini. Pada masa ini aku
tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air “.
3- Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata
: ” Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timu atau di
barat di atas muka bumi ini, kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu
walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai “.
4- Malaikat ajal memberi salam dan berkata : ” Akulah
yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu semasa kamu berada di timur atau di
barat di atas muka bumi ini, kini aku akan mengambil ajalmu “.
Apabila 4 Malaikat telah selesai bertemu dengan insan
yang nazak, maka Kiraman Katibin akan membentang segala amalan yang telah
diusahakan semasa hayat di dunia. Samada usaha bersungguh-sungguh ke arah
melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran,
semua Kiramank Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi
dengan sifat Allah SWT Yang Maha Adil.
Nota : Rumusan daripada kitab Himpunan Kisah-Kisah
Malaikat. M/S : 155-156.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan