SCANIAZ
Pengenalan
Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang
tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan
segala-galanya”
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami
bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari
golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi
saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran
menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa
rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.
(An-Nahla 16:89)
Bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya
terkandung) di dalam Al-Quran”
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di
bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan
mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab
Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am 6:38)
Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem
pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala
fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa
berlaku kehilangan lebah madu.
Al-Quran Menjelaskan Technology ICT
Al-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi.
Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11).
Demi angin yang menerbang dan menaburkan
(debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan
yang sesungguh-sungguhnya; (1) Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya
(ke tempat yang dikehendaki); (2)Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan
kemudahan yang diberikan kepadanya; (3)Dan malaikat-malaikat yang
membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4)
(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu
(mengenai hari akhirat) tetap benar; (5) Dan bahawa sesungguhnya balasan amal,
tetap berlaku. (6) Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk
keadaannya, (7) Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat
(mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w). (8) Dipalingkan daripada
(perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab
keikhlasannya mencari kebenaran). (9) Binasalah orang-orang yang sentiasa
mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10) (Iaitu) orang-orang
yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). (11)
Az-Zaariyat (51:1-11)
Terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi
yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah
menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan?
Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?
Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu
Menakutkan
Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara
tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu di 4 buah benua dan
mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan telefon bimbit sebagai
penyebab utama. Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu
perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang
masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan
“jalan-jalan”nya (16:69)
Kemudian makanlah dari segala jenis
bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan
peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan
keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang
mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya
pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi
orang-orang yang mahu berfikir.
(An-Nahla : 69)
Dan sarang-sarangnya mestilah di tempat tinggi (16:68)
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan
juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(An-Nahla : 68)
.
Quran Jelaskan Penyakit Barah
Makan kurma bersama anggur baik untuk mencegah barah
Selain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis
juga bimbang terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari
penggunaan telefon bimbit, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan
perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku
ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa
Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian
mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya
dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar
pinil yang merembeshormon melatonin mengandungi
banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh
mencegah barah. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar
perubatan?
Allah Melarang Berfikir Cara Induktif
Allah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari
deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari
Al-Quran (10:35-37)
Bertanyalah (wahai Muhammad): Adakah di
antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang
dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakanlah: Allah jualah yang memberi
hidayat petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang
dapat memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut
ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah dia diberi
hidayat petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup
mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh
akal)? (35) Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan
sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak
menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan apa yang mereka lakukan. (36) Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh
diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh
Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk
menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak
ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah,
Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (37)
(Yunus:35-37)
Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab
mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah
ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah
mengubah apa yang ada dalam diri mereka?
Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua
kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan
saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu
berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh
ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik,
malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh
berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu
(Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil;
tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah
yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (115) Dan jika engkau
menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan
menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan
semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (116)
(Al-Anaam:115-116)
Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif
Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika
dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya
bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima
selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan
Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dan sebagainya).
Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)?
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga
kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula
(hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu
hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau
sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang
air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air
(untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu)
yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisa:43)
Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar),
tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir? (rujuk: solat
dan Gelombang Theta)
Otak “berfikir” Menggunakan Elektromagnetik
Pada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan
teori “CEMI
field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara
menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori
Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?
Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan
Merekah?
Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang
“Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran
mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (lanjut di sini: Bagaimana
Matahari Terbit Dari Barat), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu
kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74).
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu
tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani
atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
(Al-Hijr:74)
Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab
bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar
tenaga elektrik ke arah bumi.
Sistem Pentadbiran Islam
Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak
mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina
prasarana (22:41)
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami
berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi
Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Al-Hajj:41)
Dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam,
ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus
zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33).
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,
serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)
(Fussilat:33)
Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat,
dan siapa dia Al-Mutawassimin?
Siapa Yang Sebenarnya “AMIL”?
Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip
wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke
dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk
di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf
yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah
dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air
bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak,
dan sebagainya?
Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf;
adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab
gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu
pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini
satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?
Amalan Solehan
Di Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali
sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”.
Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan
kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke
dua termaju. Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara
negara yang termundur?
Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai
sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan
mengembirakan anak-anak yatim (2:220).
Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di
akhirat. Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah)
anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah
baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya)
kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah
mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang
hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu
(dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqara:220)
Atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang
canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).
Maka Kami perkenankan doanya dan Kami
kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang
mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada
Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam
mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta
gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Al-Anbiya:90)
Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam
mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance
indicator) dalam hidup mereka. Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap
pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya
untuk terus diangkat jadi pemimpin.
Kenapa Umat Islam Tidak Menjana Ilmu?
Statistik dunia menunjukkan umat Islam hanya mengeluarkan
kira-kira 3% ilmu saintifik, itu pun yang bermutu rendah. Kenapa jadi begini?
Kenapa umat Islam tidak mahumengkaji dan mengeluarkan ilmu dari
Al-Quran?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan