Dunia hanya sekadar tempat persinggahan.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. [Quran Surah Al Mulk (67) : 2].
Seorang demi seorang perkhabaran mengenai jemputan Ilahi diterima. Setiap kali kata-kata “sudah pergi,” menjadi istilah keadaan seseorang itu kembali ke Kasih Sayang Allah, dan mengesankan jiwa. Maka meruntunlah hati bermuhasabah dan saat itu juga, kata Innalillah dibalas.
Baru 2 hari yang lalu, bersamaan 16 Mei, satu perkhabaran sedemikian ana terima dari bonda di ketika menghubunginya. Sedikit tersentak.
Seakan sebegini, khabar yang diberi mak:
“Makdang Malah, sudah kembali kerahmatullah. Mak ada di SJ sekarang ni. Datang ya.”
“Innalillahi wainnailaihi Rojiun. Insya’allah mak. Terima kasih memaklumkan,” balaku berintonasi sayu.
Lantas kukhabarkan kepada kanda. Dan sepilah bicara kami beberapa ketika.
***
“di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh....”.
[Quran Surah An Nisaa' (4) : 78].
Begitulah, satu persatu saudara-saudara kita telah mendapat undangan Illahi untuk berehat.
Persoalan jelasnya, bagi kita yang masih diberi “kepercayaan” oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk terus menikmati hidup, sudah dan telahkah, kita persiapkan bekalan pada diri untuk dipersembahkan kepada Rabbul Izzati?

Sungguh pun demikian, apabila melihat bagaimana kematian meragut nyawa manusia yang hidup, terutama orang paling dekat dan dicintai, seseorang itu semakin terdorong untuk mengetahui hakikatnya, atau paling tidak ketika itu terlintas dalam benaknya suatu hari nanti mereka juga akan merasai kematian.
Dalam mengingati kematian, Al Ghazali membahagikan manusia kepada tiga tingkatan iaitu:
i. Al Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.
ii. At Taib, iaitu orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah. Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah.
iii. Al ‘Arif, iaitu orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan untuk menghadapi kematian.

Masih ana ingat di saat malam ziarah di rumah itu, berpeluang diri ini mengucup jenazah wajah indah senyum yang terbaring mengadap kiblat itu, hati ini tersentap!
Ya, tersentap rasa. Bagaimanakah nasib diri, dan husnul khotimah juga didoakan. Moga almarhumah berbahagia di atas kerehatan itu sambil menanti waktu hari dibangkitkan kembali, sebagaimana talkin yang dibacakan Pak Imam, setelah disemadikan. Ya, masih jelas bacaan-bacaan menusuk ketika di tanah perkuburan tempoh hari.
Maka bersoal jawab dengan Malaikat pun berlangsung.
“Ya Allah, lapang dan permudahkanlah saudara-saudara kami yang telah mendahului melalui ujian-ujian kubur. Ya Allah, berbelas ihsanlah kepada kami dan mereka di atas kebaikan-kebaikan yang pernah dan telah dilakukan. Sampaikanlah pahala berbuat baik kami buat saudara-saudara kami. Amin Ya Rabbal `Alamin.”
***
Senantiasalah kita memuhasabahkan diri
Dunia adalah jambatan untuk menuju akhirat. Kehidupan di dunia ini adalah merupakan ujian bagi manusia untuk Allah Subhanahu Wa Taala menilai siapakah yang paling baik amalannya. Firman Allah Subhanahu Wa Taala:
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. [Quran Surah Al Mulk (67) : 2].
Beruntung dan berbahagialah seseorang itu apabila semasa hidupnya dia beroleh keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala dan celakalah bagi yang sebaliknya.
Ketahuilah bahawa keredhaan itu hanya akan dapat dicapai apabila manusia melaksanakan seluruh kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala dan sebaliknya akan mengundang kemurkaan Allah apabila memaksiati perintahNya.
Kehebatan makhluk yang bernama manusia bukanlah terletak pada gelaran yang disandangnya semasa hidupnya di dunia ini tetapi pada iman dan amal yang dilakukannya semasa di dunia. Jika seseorang itu bergelar pemimpin maka kelak ia akan dipersoalkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala akan amanah yang dipikulnya semasa di dunia.
Sunnatullah telah mengungkapkan kepada kita bahawa betapa hebat pun seseorang itu di atas dunia ini, besar mana sekalipun kekuasaannya, lama manapun masa pemerintahannya, kedatangan ajal itu adalah suatu ketentuan yang tidak akan dapat ditolak sama sekali.
Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim dari Amru bin Maimun r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam telah menyampaikan satu pelajaran kepada seorang lelaki dengan sabdanya yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain, iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum datang masa sakit, masa kaya mu sebelum miskin, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian.”
Saudara-saudara seagamaku,
Bersamalah kita saling ingat mengingati bahawa Malaikat Izrail (Malaikat Maut) senantiasa mengintai-intai kita.
Marilah bersama kita persiapkan bekalan untuk menyambutnya dengan kepuasan dan kebahagiaan.
Moga kita senantiasa berkesempatan memperbaiki dan membersihkan diri:
Ya Allah... berikanlah aku kekuatan
Aku sungguh-sungguh lemah...
Aku sungguh-sungguh hina... Aku sungguh-sungguh dangkal..
Aku sungguh-sungguh dhoif...
Aku sungguh-sungguh kerdil...
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Engkaulah saja matlamatku...
Hidupku, ibadatku, amalanku serta matiku hanyalah untukMu...
Aku benar-benar bermohon kepadaMu...
Hidupkanku dalam Islam
Matikanlah aku dalam nikmat Iman dan Islam
Kiranya Engkau matikan aku...
Kurniakanlah aku sebuah kematian yang Husnul Khatimah
Ya Allah... Aku mohon dengan segala nama-namaMu yang teramat mulia
Ya Allah, perkenankanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan