Maka tatkala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga
Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala
kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digenggamnya
segenggam daripada bumi itu dengan genggaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia
pada alam Malakut adalah tanah yang digenggam itu pilihan daripada segala
tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segenggam itu dengan beberapa
rempah-rempah, bau-bauan, daripada Nur Sifatnya, maka diturunkan
Allah Taala hujan atas tanah yang segenggam itu.
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan lembaga
oleh hak Allah Taala akan tanah yang satu genggam itu dengan
berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka dihantarkan ia
lembaga itu pada pihak Qudrat
yang antara medan “azali” dan “abaad” hingga
berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada
"israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada qamar
al-sifat, tetapi tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala
perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang
maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia
sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas lembaga adam kira
kira 120 tahun lamanya iaitu:-
Pada tanah yang bercampur dengan air
kira-kira 40 tahun lamanya.
Pada tanah kering kira-kira 40 tahun lamanya.
Pada tanah hitam busuk kira-kira 40 tahun lamanya.
Setelah itu maka dipersalinkan hak taala akan lembaga itu
dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah penglihatan segala malaikat
daripada melihat hakikat rupa lembaga itu daripada melihat yang dijadikan Allah
Taala denga kemuliaanya dan Samad dan Jalalnya dan Jamalnya dan Zatnya pada
menyempurnakan akan kejadian lembaga Nabi Allah Adam,
Maka adalah tilik segala malaikat kepada lembaga itu
dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu kerana kurang makrifat mereka
itu akan kebesaran dan martabat lembaga itu. dan dibutakan Allah
Taala akan mata Iblis daripada melihat segala rahsia didalam lembaga nabi Allah
adam itu hingga dibesarkan dirinya daripada lembaga itu.
Berkata segala ulama tetakala dikehendaki Allah taala
menjadikan nabi Allah adam, maka ia berfirman seperti yang tersebut didalam al-quran
yang ertinya, pada ketika firman tuhan engkau bagi segala malaikat bahawa
sesungguhnya aku hendak menjadikan insan daripada tanah, maka firman Allah
taala kepada Jibril Alaisalam, Hai Jibril, pergilah engkau ke bumi ambil olehmu
tanah daripada segala bumi. Aku hendak menjadikan suatu kejadian daripadanya.
maka Jibril pun turunlah ke bumi lalu hendak diambilnya akan tanah daripada
bumi itu maka disumpah oleh bumi akan dia serta katanya demi Allah jangan engkau
ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku
tiada kuasa aku menanggung siksa neraka, maka Jibril pun kembalilah kehadrat
Allah, maka dipersembah Jibril, Ya Tuhanku engkau jua yang mengetahui bahawa
hambamu disumpah oleh bumi...
Setelah itu maka dititahkan Allah akan Mikail pun
mengambilnya akan bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak diambilnya
akan bumi itu maka lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia. Maka ia pun kembali
ke hadrat Allah Taala serta sembah ia seperti sembah Jibril itu jua.
Setelah itu maka titahkan Allah Taala akan Israfil pula
mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun pergilah lalu hendak diambil akan
bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka ia pun kembali ke hadrat Allah
Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu jua.
Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail pula,
maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi itu, maka
disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril ["serta
katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan
Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka"]
Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku ambil daripada mu
maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai kepada segala bumi
maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada tanah putih,
merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab itulah jadi berlain-lainan
rupa pada tubuh nabi Allah adam.
Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat
Taala serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana engkau jua tuhan
yang terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh bumi inilah
tanah yang aku ambil daripadanya. Maka Firman Allah Taala, hanya Izrail
telah aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahannya itu aku tolakkan
daripada mu kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah kepada mu
mengambil NYAWA segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku
jika yang sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.? Maka
firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau
kerana aku jadikan baginya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan
binatang atau mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan
dia.
Setelah itu Firman Allah Taala kepada Malaikat, ambil
olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu, maka Malaikat pun
pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam, air putih dan hanyir
dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi, yang ertinya aku
“hamarkan” lembaga adam dengan dua tangan kudart ku, empat hari maka
jadilah dariapda
- air manis itu air liur
- dan daripada air masam itu air mata
- dan daripada air hanyir itu air hidung
- dan daripada air putih itu air telinga.
Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi Allah
Adam itu daripada tujuh petala bumi,
Kepalanya itu daripada bumi yang pertama.
Lehernya itu daripada bumi yang kedua.
Dadanya daripada bumi yang ketiga.
Kedua tangan itu daripada bumi yang keempat.
Belakang badan dan perutnya daripada bumi yang kelima.
Dan pinggangnya daripada bumi yang keenam.
Kedua betisnya dan kedua tapak kakinya daripada bumi yang
ketujuh.
Dan pada satu riwayat kata Ibni Abas r.a.h. telah
menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s daripada segala iklim dunia.
Kepalanya itu daripada tanah Kaabah
Dadanya itu daripada segala pihak bumi
Belakangnya dan perutnya itu daripada tanah Hindi
Dua tangannya itu daripada tanah Masyrik
Dua kakinya itu daripada tanah Magrib
Dan pada satu riwayat yang lain pula telah berkata Ibnu
Abas r. telah menjadi oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s
Kepalanya itu daripada tanah Baitul Mukadis itu tempat
akal dan cerdik dan berkata-kata.
Mukanya itu daripada tanah Syurga - tempat keelokan dan
tempat perhiasan.
Dua telinganya itu daripada tanah Tursina - itu tempat
mendengar nasihat.
Dahinya itu itu daripada tanah Iraq - tempat sujud
bagi Allah Taala
Segala kakinya itu daripada tanah Kausar
Tangannya yang kanan dan segala anak jarinya daripada
tanah Baitul Kaabah
Tangannya yang kiri itu daripada tanah Parsi
Dua kakinya dan serta dua betisnya itu daripada tanah
Hindi
Tulang itu daripda tanah Bukit
Uratnya itu daripada tanah Negeri Bil Bil
Belakangnya itu daripada tanah Iraq
Perutnya itu daripda tanah Khurasan
Hatinya itu daripada tanah Firdaus
Lidahnya itu daripda tanah Taif
Mata itu daripada tanah Hud.
Telah menjadikan Allah taala didalam Adam itu sembilan
pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua telinganya, dua lubang hidungnya,
dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan dubur.
Dan dijadikan pancaindera yang lima itu:-
Penglihatan pada mata
Pendengaran pada telinga
Perasa pada mulut
Penjabat (deria) pada badanya
Penciuman pada hidungnya
Bahawa ROH itu masuk ia daripada otaknya, maka berkelilinglah
ia didalamnya pada kadar 200 tahun, Kemudian turun roh itu kepada mata
maka menilik ia akan dirinya maka melihat ia akan dirinya tanah yang kering
maka tetakala sampai ia akan dua telinganya nescaya mendengar ia akan tasbih
segala malaikat, kemudian turun ia kepada hidungnya maka bersin ia maka tatkala
selesai daripada bersinnya turunlah ruh itu kemulutnya dan kepada lidahnya dan
kepada kedua telinga dan telah mengajar oleh Allah taala akan bahawa berkata ia
Alhamdulillah maka menjawab ia akan dia dengan kata Ya Harkam robik ya Adam.
Turun ruh itu kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri
maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula demikian itu firman Allah taala
yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat bersegera, maka tatkala sampai
roh itu kepada rongga perutnya maka inginlah ia akan makan kemudian
mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka jadilah daging dan darah dan urat
yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan dianugerahkan oleh Allah taalah
akan pakaian kulit yang sangatlah halus seperti KUKU bertambah-tambah tiap tiap
hari keelokan dan Jamalnya. Terpancar Nur Muhammad dengan berseri-seri pada
wajahnya.
Bertukarlah pakaian kulit seperti kuku itu kepada keadaan
kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah Taala turun Nabi Adam turun
ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari tulang rusuk yang kiri Nabi
Allah Adam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan