Roziyah Mahamad
Pesanan
Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang
enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau
kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan
ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangganya semua tidak kena
dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha
dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk
membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk
kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan
bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada
suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari
suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik
dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur
dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia
juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya
pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia
suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita
inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi
bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak
menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan