Sabtu, 30 Jun 2012


PENGENALAN ISTILAH

SUFI
Istilah sufi amat berkait rapat dengan "bersih" , "suci" , "saf (barisan hadapan)" , "bulu (pakain bulu)" , "suffah".
1. Ahli sufi digelar sufi kerana kebersihan (suffa) hati mereka dan kesucian amalan dan tindak tanduk mereka. Mereka digelar sufi kerana mereka menyerupai ahli suffah yang hidup di zaman Nabi SAW.

2. Orang Sufi adalah orang yang mempunyai hati yang ikhlas (suffa) terhadap Allah.

3. Mereka adalah orang-orang yang duduk di barisan hadapan (suffa) sekali di hadrat Allah, melalui kecintaan mereka kepada Allah, tetap berhadap hati mereka kepada Allah, dan tetap lubuk hati (sirr) mereka berhadap Allah".

4. Berkenaan dengan pakaian bulu itu hanya pakain zahir sahaja. "Mereka digelar sufi kerana tabiat mereka suka memakai pakaian daripada bulu (suff)." "Pakaian bulu adalah juga pakaian para anbia dan aulia". Hadis. "70 orang Nabi yang terdahulu yang lalu berhampiran dengan batu diRuhaasan. Mereka berkaki ayam dan berpakaian bulu dan menuju ke Kaabah". Hadis. "Nabi Musa alaihissalam memakai pakaian bulu, memakan buah-buahan, tidur pada malam hari di mana sahaja ia hendak tidur". al Hassan al Basri. "Nabi SAW berpakaian bulu , menunggang keldai, dan menerima jemputan orang-orang daif untuk makan bersama". Abu MUsa al Ash'ari. "Saya mengetahui terdapat 70 orang yang terlibat dalam peperangan Badar memakai pakaian bulu". Al Hassan al Basri.

5. Kehidupan mereka ala kadar. Dunia dan keduniaan sudah tidak penting dan diutamakan oleh mereka. "Apabila Nur sudah masuk ke dalam hati maka ia akan membesar dan berkembang". Sahabat bertanya,"Apakah tandanya ya Rasul Allah?" "Meninggalkan negeri yang fana' dan berpaling kepada negeri yang baqa', dan bersedia untuk MATI sebelum mati (bercerai nyawa dengan badan)". "Bahkan kamu lebih menginginkan dunia, sedangkan akhirat jualah yang terlebih baik dan terlebih kekal". (AL A'Ala : 17 & 18.7.)

Cara hidup orang sufi ini telah bermula sejak zaman sebelum Nabi SAW, zaman Nabi SAW dan sesudahnya . Tidak timbul satu Firman atau Hadis yang menghukumkan , wajib disyariatkan atau diamalkan kerana , telah terang bagi orang yang beroleh petunjuk, bahawa INTISARI QURAN DAN HADIS itu sendiri telah tersemai kukuh, sebati dan selari dengan diri mereka. Hingga Nabi SAW sendiri sentiasa berserta mereka. Nabi SAW menyatakan bahawa apabila seseorang itu tidak dipengaruhi dunia, mesti ada bukti dan kenyataan. Nabi pernah bertanya kepada Sahabat Harithah. "Apakah hakikat Iman?" Beliau jawab. "Saya telah jauhkan hati saya daripada dunia, saya puasa di siang hari dan berjaga di malam hari, dan seolah-olah saya lihat 'Arasy Tuhanku datang, seolah-olah ahli syurga kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan ahli neraka bermusuhan antara satu sama lain".(perhatikan berkenaan 'Arasy Allah dan syorga serta neraka yang dilihat oleh Sahabat Harithah. Perkara ini tidak dibantah oleh Nabi SAW).

Erti sufi yang dimaksudkan oleh saya dalam blog ini ialah
Orang-orang sufi senantiasa berusaha mensucikan dirinya dengan melalui latihan-latihan kerohanian tertentu. Dalam sejarah, istilah sufi baru dikenal setelah pertengahan abad kedua hijriah. Sebelum itu orang hanya kenal dengan perkataan Zuhud.


HAKEKAT

1. Akar kata haq dapat diertikan milik atau kepunyaan; benar atau kebenaran;

2. Kebenaran Illahi.

3. (Syath) Terbukanya kesadaran hamba atas kesungguhannya dalam menjalani lakuan atas perintah Gurunya yang hak dan sah bahwa hake-atnya Yang Boleh Yang Kuat, Yang Memiliki Segala Maujud, Yang Berbuat , Yang Bergerak , bahkan yang Ada dan Wujud hanyalah DiriNya Dzat Yang Al Ghaib Yang Allah AsmaNya.

4. (Syath) Hati nurani, roh dan rasa yang telah berfungsi untuk selalu mengingat-ingat dan menghayati DiriNya Dzat Al Ghaib dan Mutlak WujudNya.

HAKIKAT Dalam Tasawuf
Hakikat adalah imbangan kata syariat yang identik/terikat dengan aspek kerohanian dalam ajaran Islam. Untuk merintis jalan mencapai hakikat, seseorang harus dimulai dengan aspek akhlak yang diikuti dengan aspek ibadah. Bila kedua aspek ini diamalkan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan ia akan dapat meningkatkan keadaan mental seseorang dari tingkat rendah secara berperingkat ke tingkat yang lebih tinggi. Pada posisi tertinggi Tuhan akan menerangi hati sanubarinya dengan nur-Nya, sehingga ia betul-betul dapat dekat dengan Tuhan, mengenal Tuhan dan melihatNya dengan mata hatinya. Di kalangan Sufi orang yang telah mencapai tingkatan ini disebut ahli hakikat. Kalau dihubungkan dengan Tuhan, hakikat adalah sifat-sifat Allah SWT, sedangkan Zat Allah disebut al-Haqq.

Sufi yang dikenal dengan faham hakikat adalah Abu Yazid al-Bustami dan al-Hallaj yang pernah menyatakan “Ana al-Haqq”.


MAKRIFAT
1. Mengenal dan mengetahui berbagai ilmu secara ringkas dan mendalam;

2. Pengetahuan Illahi. Pengetahuan hakiki yang datang melalui “penyingkapan”, “penyaksian”, dan “cita rasa” (dzauq). Pengetahuan ini berasal dari Allah.

3. (Syath) Menyaksikan (melihat dengan jelas dan nyata) kepada Ada dan Wujud DiriNya Dzat yang di muka bumi Al Ghaib. Kejadiannya hanya terjadi di alam pati. Ditarik Allah membuktikan fana dzat. Karena itu sama sekali tidak bernafas dan rasa seyakinnya merasakan Wujud DiriNya.
Dicatat oleh Wan Adeli 


Maka tatkala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digenggamnya segenggam daripada bumi itu dengan genggaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digenggam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segenggam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada  Nur Sifatnya,  maka diturunkan Allah Taala hujan atas tanah yang segenggam itu.

Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan lembaga  oleh hak Allah Taala  akan tanah yang satu genggam itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat
 yang antara medan “azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada  "israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada  qamar al-sifat, tetapi  tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas  lembaga adam kira kira 120 tahun lamanya iaitu:-
 Pada tanah yang bercampur  dengan air kira-kira 40 tahun lamanya.
 Pada tanah kering kira-kira 40 tahun lamanya.
Pada tanah hitam busuk kira-kira 40 tahun lamanya.

Setelah itu maka dipersalinkan hak taala akan lembaga itu dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah penglihatan segala malaikat daripada melihat hakikat rupa lembaga itu daripada melihat yang dijadikan Allah Taala denga kemuliaanya dan Samad dan Jalalnya dan Jamalnya dan Zatnya pada menyempurnakan akan kejadian lembaga Nabi Allah Adam,
Maka adalah tilik segala malaikat kepada lembaga itu dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu kerana kurang makrifat mereka itu akan kebesaran  dan martabat lembaga  itu. dan dibutakan Allah Taala akan mata Iblis daripada melihat segala rahsia didalam lembaga nabi Allah adam itu hingga dibesarkan dirinya daripada lembaga itu.

Berkata segala ulama tetakala dikehendaki Allah taala menjadikan nabi Allah adam, maka ia berfirman seperti yang tersebut didalam al-quran yang ertinya,  pada ketika firman tuhan engkau bagi segala malaikat bahawa sesungguhnya aku hendak menjadikan insan daripada tanah, maka firman Allah taala kepada Jibril Alaisalam, Hai Jibril, pergilah engkau ke bumi ambil olehmu tanah daripada segala bumi. Aku hendak menjadikan suatu kejadian daripadanya. maka Jibril pun turunlah ke bumi lalu hendak diambilnya akan tanah daripada bumi itu maka disumpah oleh bumi akan dia serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka, maka Jibril pun kembalilah kehadrat Allah, maka dipersembah Jibril, Ya Tuhanku engkau jua yang mengetahui bahawa hambamu disumpah oleh bumi...

Setelah itu maka dititahkan Allah akan Mikail pun mengambilnya akan bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak diambilnya akan bumi itu maka lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia. Maka ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembah ia seperti sembah Jibril itu jua.
Setelah itu maka titahkan Allah Taala akan Israfil pula mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun pergilah lalu hendak diambil akan bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu jua.

Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail pula, maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi itu, maka disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril ["serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka"] Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku ambil daripada mu maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai kepada segala bumi maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada tanah putih, merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab itulah jadi berlain-lainan rupa pada tubuh nabi Allah adam.

Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat  Taala serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana  engkau jua tuhan  yang  terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh bumi  inilah tanah yang aku ambil daripadanya. Maka Firman Allah Taala, hanya  Izrail telah aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahannya itu aku tolakkan daripada mu kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah kepada mu mengambil NYAWA segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku jika yang sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.? Maka firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau kerana aku jadikan baginya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan binatang atau mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan dia.

Setelah itu Firman Allah Taala kepada Malaikat, ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu, maka Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam, air putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi, yang ertinya aku “hamarkan” lembaga adam  dengan dua tangan kudart ku, empat hari maka jadilah dariapda
- air manis itu air liur
- dan daripada air masam itu air mata
- dan daripada air hanyir itu air hidung
- dan daripada air putih itu air telinga.

Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi Allah Adam itu daripada tujuh petala bumi,
Kepalanya itu daripada bumi yang pertama.
Lehernya itu daripada bumi yang kedua.
Dadanya daripada bumi yang ketiga.
Kedua tangan itu daripada bumi yang keempat.
Belakang badan dan perutnya daripada bumi yang kelima.
Dan pinggangnya daripada bumi yang keenam.
Kedua betisnya dan kedua tapak kakinya daripada bumi yang ketujuh.
Dan  pada satu riwayat kata Ibni Abas r.a.h. telah menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s daripada segala iklim dunia.
Kepalanya itu daripada tanah Kaabah
Dadanya itu daripada segala pihak bumi
Belakangnya dan perutnya itu daripada tanah Hindi
Dua tangannya itu daripada tanah Masyrik
Dua kakinya itu daripada tanah Magrib

Dan pada satu riwayat yang lain pula telah berkata Ibnu Abas r. telah menjadi oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s
Kepalanya itu daripada tanah Baitul Mukadis itu tempat akal dan cerdik dan berkata-kata.
Mukanya itu daripada tanah Syurga - tempat keelokan dan tempat perhiasan.
Dua telinganya itu daripada tanah Tursina - itu tempat mendengar nasihat.
Dahinya itu itu daripada tanah Iraq - tempat  sujud bagi Allah Taala
Segala kakinya itu daripada tanah Kausar
Tangannya yang kanan dan segala anak jarinya daripada tanah Baitul Kaabah
Tangannya yang kiri itu daripada tanah Parsi
Dua kakinya dan serta dua betisnya itu daripada tanah Hindi
Tulang itu daripda tanah Bukit
Uratnya itu daripada tanah Negeri Bil Bil
Belakangnya itu daripada tanah Iraq
Perutnya itu daripda tanah Khurasan
Hatinya itu daripada tanah Firdaus
Lidahnya itu daripda tanah Taif
Mata itu daripada tanah Hud.

Telah menjadikan Allah taala didalam Adam itu sembilan pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua telinganya, dua lubang hidungnya, dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan dubur.
Dan dijadikan pancaindera yang lima itu:-
Penglihatan pada mata
Pendengaran pada telinga
Perasa pada mulut
Penjabat (deria) pada badanya
Penciuman pada hidungnya
Bahawa ROH itu masuk ia daripada otaknya, maka berkelilinglah ia didalamnya pada kadar 200 tahun, Kemudian  turun roh itu kepada mata maka menilik ia akan dirinya maka melihat ia akan dirinya tanah yang kering maka tetakala sampai ia akan dua telinganya nescaya mendengar ia akan tasbih segala malaikat, kemudian turun ia kepada hidungnya maka bersin ia maka tatkala selesai daripada bersinnya turunlah ruh itu kemulutnya dan kepada lidahnya dan kepada kedua telinga dan telah mengajar oleh Allah taala akan bahawa berkata ia Alhamdulillah maka menjawab ia akan dia dengan kata Ya Harkam robik ya Adam.

Turun ruh itu kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula demikian itu firman Allah taala yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat bersegera, maka tatkala sampai roh itu kepada rongga perutnya  maka inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan dianugerahkan oleh Allah taalah akan pakaian kulit yang sangatlah halus seperti KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokan dan Jamalnya. Terpancar Nur Muhammad dengan berseri-seri pada wajahnya.
Bertukarlah pakaian kulit seperti kuku itu kepada keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah Taala turun Nabi Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari tulang rusuk yang kiri Nabi Allah Adam.

Dicatat oleh Wan Adeli 


AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

AL-QUR’AN DAN ISLAM DARI KACAMATA BARAT
SCANIAZ
Al-Qur’an diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah saw untuk dijadikan panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab. Al-Qur’an adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”
(Surah Al-Isra’ 17:9)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.”
(Riwayat Abu Daud)

Namun, Al-Qur’an adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.

Orientalis menakut-nakutkan dunia Barat akan bahaya Al-Qur’an, iaitu kumpulan yang ditundukkan oleh kemahuan individu dan tujuan politik yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendedahkan bahaya Al-Quran melalui kajian yang dianggap ilmiah. Usaha mereka itu betul tetapi disesatkan dengan berbagai cara. Ketika golongan ini mengkaji al-Quran secara mendalam dan diamati dasarnya yang asas, keistimewaan yang unggul ternyata di dalamnya terdapat seruan untuk bersatu, berpegang kuat dengan tali Allah, bekerjasama untuk kebaikan, meningkatkan ketakwaan, peringatan dari kezaliman, melarang mengejek orang lain atau mengintai-intai, peringatan supaya tidak mengumpat, mengadu domba, gesaan kepada sifat benar, amanah, adil, menuruti janji, gesaan mencari ilmu dan melepaskan diri daripada kejahilan serta peraturan bagaimana menangani kehidupan di dunia ini.

Apabila perkara ini diketahui, orientalis cuba untuk menutup hakikat ini dan menjauhkan orang Islam daripadanya. Mereka segera berjumpa penjajahan lama dan baru serta memberitahu bahawa al-Quran ini adalah kitab yang berbahaya bagi mereka. Kononnya ia mengandungi dasar yang akan membangun dan menundukkan dunia sekiranya dapat difahami ajarannya dan dipraktikkan, justeru pengikutnya akan menguasai muka bumi ini. Ini bermakna umat Islam, jika mengetahui kitab mereka dengan sebenar-benar makrifah dan dilaksanakan dengan sempurna, maka penjajah akan menerima kecelakaan. Oleh itu, mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh supaya al-Quran tidak diketahui dan dasarnya akan terpisah daripada orang Islam dan serta boleh dipraktikkan.

Barat akan berasa takut dan gementar apabila adanya semangat Islam di setiap tempat di dunia atau sekarang dikenali sebagai kebangkitan Islam. Sekiranya dirancang dengan teratur dan rapi, ia akan kembali kepada al-Quran, justeru ia akan menanamkan semangat dan ketinggian di hati umat Islam untuk menentang musuh Islam. Inilah perkara yang mengancam kepentingan Barat di dunia Islam.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Kamu [umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman kepada Allah.”
(Surah Ali Imran: 110)

Media Timur dan Barat berusaha menggambarkan gerakan Islam di dunia Islam sebagai pelampau, ekstrim, fanatik, mundur, taksub, pengganas dan semua istilah yang ada di dalam kamus bahasa bagi perkataan seumpama ini. Dunia Barat dan Timur semua bersepakat supaya Islam jangan bangkit lagi tetapi orang Islam tidak sedar hakikat ini sebenarnya. Usaha mestilah dijalankan supaya pandangan orang Islam berubah, dengan beranggapan bahawa untuk menyelamatkan umat Islam mestilah mengikut cara sekular Barat, dengan itu dakwah daripada orientalis akan melangkah untuk memperbaiki Islam.

Islam pada anggapan mereka adalah agama yang beku dan tidak selaras dengan zaman moden manakala seruan yang ditujukan kepada umat Islam adalah sesuatu yang asing tetapi mereka mesti melakukannya untuk agama. Dakwaan itu adalah percubaan untuk mengubah pandangan orang Islam terhadap Islam dan menjadikan Islam lebih hampir kepada orang Kristian setakat yang boleh.

Sebahagian masyarakat Islam telah terpengaruh dengan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajukAzmat al-Islam al-Hadith (Krisis Islam Sekarang). Buku dihasilkan pengarang Islam Arab yang bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru dengan bersemangat sekali supaya mengambil contoh Barat dalam usaha untuk menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara untuk menyelesaikan krisis Islam, justeru dapat memisahkan agama dengan urusan kehidupan mengikut bentuk sekular Barat. Jika dilihat pada masa sekarang, fahaman ini telah semakin menular di kalangan masyarakat Islam khasnya.

Di setengah negara Islam sekular, sudah ada yang melayani pemikiran Islam seperti melalui pemikiran Mark kerana anggapan mereka Islam adalah berbahaya dan wajib diperangi serta dihukum pendakwahnya. Penjajah telah membuat perancangan rapi untuk melemahkan Islam dan menjauhkan mereka daripada dasar Islam. Ia akan menghalang apa saja percubaan untuk menyatupadukan semua umat Islam sekali lagi. Penjajah mendapati umat Islam sendiri yang merelakan diri mereka untuk dijadikan alat bagi tujuan penjajah itu. Kita tidak akan menemui kenyataan itu daripada mulut mereka tetapi inilah yang tercatat di dalam watikah rahsia penjajah sendiri.

Politik orientalis yang menyokong Arab di dalam peperangan yang besar (yang pertama) hanya semata-mata satu strategi untuk menghancurkan kekuatan Turki. Malah, ia juga sebagai strategi untuk memisahkan penguasaannya terhadap dua bandar suci, Makkah dan Madinah, daripada khalifah Uthmaniyah yang memerintah pada waktu itu. Perkara yang paling menggembirakan orientalis ialah Kamal Ataturk tidak hanya meletakkan pembaharuan yang jauh kesannya dan akhirnya menolak lambang Turki sebagai negara Islam.

Benarlah sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud:

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
(Surah Al-Baqarah: 120)

Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah saw bermaksud: “Kamu akan mengikut tatacara orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke dalamnya.”

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi.”
(Riwayat Muslim)

Biduk berlalu kiambang bertaut, walaupun terdapat celaan dan cacian, propaganda serta diserang dengan bermacam tuduhan, terutama daripada mereka yang memusuhi Islam, masih ada ahli fikir Barat atau orientalis yang tidak sempit hatinya mahu menyelami Islam dan jiwa junjungan kita, Muhammad saw. Mereka mengkaji sejarah umat yang dihidupkan oleh tuntutan wahyu Ilahi itu, seperti Thomas Carlyle, mengaku bahawa Nabi Muhammad itu bukan orang biasa dan Al-Qur’an itu bukan suatu hasil kesusasteraan belaka.
Edward Gibbon (1737-1794), seorang ahli sejarah Inggeris, berkata mengenai al-Quran seperti berikut:

“Al-Qur’an itu adalah sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan dan perundangan. Al-Qur’an mengandungi isi yang lengkap, daripada urusan ibadat, akidah, akhlak hingga pekerjaan sehari-hari dan daripada urusan rohani hingga jasmani seterusnya. Ia juga menerangkan segala pembalasan atas amalan manusia. Sebab itu amat besar perbezaan al-Qur’an dengan Bible. Dalam Bible, tidak ada peraturan yang berhubung keduniaan melainkan cerita untuk penyucian diri. Bible tidak boleh menandingi al-Quran kerana al-Quran bukan saja menerangkan kaitan amalan kegamaan, bahkan mengupas asas politik kenegaraan. Al-Quran menjadi sumber undang-undang dasar memutuskan semua perkara yang berhubung dengan soal kejiwaan.”

Ini adalah antara pandangan cendikiawan Barat yang mengkaji Al-Qur’an berdasarkan fahaman yang benar.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
(Surah Al-Hijr: 9)

Ayat ini adalah jaminan daripada Allah s.w.t. bahawa Al-Qur’an tetap akan terpelihara daripada sebarang perubahan dan akan terus kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, umat Islam perlu sedar hakikat ini supaya mereka mengkaji Al-Qur’an dan menghayati kandungannya, lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini supaya kita tidak tertipu dengan dakyah yang dibawa musuh Islam.


SCANIAZ  


Pengenalan

Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” 

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.
(An-Nahla 16:89)

Bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran”

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am 6:38)

Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa berlaku kehilangan lebah madu.

Al-Quran Menjelaskan Technology ICT

Al-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi. Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11). 

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya; (1) Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2)Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; (3)Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4) (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5) Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. (6) Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, (7) Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w). (8) Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran). (9) Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10) (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). (11)
Az-Zaariyat (51:1-11)

Terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?

Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu Menakutkan

Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan telefon bimbit sebagai penyebab utama. Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(An-Nahla : 69)

Dan sarang-sarangnya mestilah di tempat tinggi (16:68)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(An-Nahla : 68)

.
Quran Jelaskan Penyakit Barah

Makan kurma bersama anggur baik untuk mencegah barah

Selain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis juga bimbang terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari penggunaan telefon bimbit, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar pinil yang merembeshormon melatonin mengandungi banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh mencegah barah. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan?

Allah Melarang Berfikir Cara Induktif

Allah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari Al-Quran (10:35-37)

Bertanyalah (wahai Muhammad): Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakanlah: Allah jualah yang memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah dia diberi hidayat petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)? (35) Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (36) Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (37)
(Yunus:35-37)

Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka?

Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (115) Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (116)
(Al-Anaam:115-116)

Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif

Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dan sebagainya).

Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)?

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisa:43)

Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar), tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir? (rujuk: solat dan Gelombang Theta)

Otak “berfikir” Menggunakan Elektromagnetik

Pada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan teori “CEMI field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?

Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan Merekah?

Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang “Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (lanjut di sini: Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74).

Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
(Al-Hijr:74)

Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar tenaga elektrik ke arah bumi.

Sistem Pentadbiran Islam

Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina prasarana (22:41)

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Al-Hajj:41)

Dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam, ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33).

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)
(Fussilat:33)

Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat, dan siapa dia Al-Mutawassimin?

Siapa Yang Sebenarnya “AMIL”?

Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak, dan sebagainya?

Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf; adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?

Amalan Solehan

Di Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”. Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke dua termaju. Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara negara yang termundur?

Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan mengembirakan anak-anak yatim (2:220).

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat. Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqara:220)
Atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).
Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Al-Anbiya:90)
Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance indicator) dalam hidup mereka. Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya untuk terus diangkat jadi pemimpin.
Kenapa Umat Islam Tidak Menjana Ilmu?
Statistik dunia menunjukkan umat Islam hanya mengeluarkan kira-kira 3% ilmu saintifik, itu pun yang bermutu rendah. Kenapa jadi begini? Kenapa umat Islam tidak mahumengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran?

Taharah Rohani

USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL

Sangat sukar bagi setiap manusia untuk membersihkan kekotoran hati ini, kerana ia tidak boleh dicuci dengan sabun, peluntur atau pun berus, kerana kotoran rohani ini letaknya di dalam hati manusia. Di antara kotoran rohani ialah seperti sentiasa melakukan dosa, suka kepada maksiat, hasad dengki, tamak, dendam, bangga diri dan sebagainya. Kekotoran seperti ini boleh menyebabkan manusia diseksa oleh Allah sepertimana firmanNya :

“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah : 10)

Kekotoran rohani ini kebanyakkannya berpunca daripada faktor pemakanan dan pendidikan seseorang. Jika seseorang itu dibekalkan dengan makanan dari hasil yang haram seperti wang judi, rasuah, wang curi dan sebagainya. Maka dirinya atau darah dagingnya akan dibentuk dengan perkara yang haram dan menyebabkannya berat untuk melakukan ibadah, perbuatan yang baik dan sebagainya. Hatinya juga menjadi keras dan susah untuk dibentuk menjadi seorang muslim yang sejati.

Begitu juga dengan pendidikan, setiap anak yang baru dilahirkan merupakan fitrah dan bersih yang akan membentuknya adalah ibu bapanya. Kalau ibu bapanya mendidiknya seperti mana dituntut oleh agama Islam, nescaya anak tersebut akan menjadi manusia yang soleh dan taqwa. Jika tidak diberikan penghayatan Islam yang sempurna sepertimana disuruh oleh agama Islam, maka anak tersebut akan menjadi seperti yahudi dan nasrani. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya :

“Setiap anak dilahirkan dalam fitrahnya. Keduanya orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nashrani atau Majusi.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Zaman sekarang ini, ramai ibu bapa tidak lagi menghiraukan penghayatan agama anak-anak mereka, yang mereka risaukan adalah UPSR, PMR, SPM dan ijazah anak mereka, bagi mereka semua itu akan menentukan masa depan anak-anak mereka. Rasa bangga dengan keputusan 9A atau BA (Hons) yang diperolehi oleh anak mereka. Mereka membayangkan anak-anak mereka memperolehi pekerjaan yang besar dan gaji yang lumayan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka gagal memberikan didikkan Islam kepada anak mereka yang jelas ia merupakan fardhu ain. Kegagalan inilah yang menyebabkan anak-anak tidak tahu dosa dan pahala, halal dan haram. Diantara perbuatan tersebut ialah seperti pecah amanah, buang anak, mencuri, gila, sakit jiwa, tekanan perasaan disebabkan hutang atau sebagainya. Semua kotoran rohani ini boleh ditaharahkan dengan cara :

Solat

Datang seorang lelaki menemui Rasulullah dan berkata : “Ya Rasulullah tunjukkan pada aku perbuatan yang perlu aku lakukan untuk membolehkan aku masuk ke syurga”. Rasulullah bersabda :

“ Beribadahlah kepada Allah dengan tidak menyekutukannya sedikit pun, kerjakanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Solat adalah satu nama yang menunjukkan adanya ikatan yang kuat antara manusia dengan Allah. Orang yang mengerjakan solat seolahnya sedang berada dihadapan Allah dengan penuh ketakutan dan kekhusyukkan dengan memohon banyak perkara daripada Allah. Hal ini boleh membersihkan hati seseorang, dapat melahirkan ketenangan jiwa dan keamanan dalam kehidupan seseorang yang mengerjakannya. Solat yang khusyuk dapat menghindarkan diri daripada melakukan segala perbuatan maksiat dan Allah sentiasa melindungi orang yang mengerjakan solat dengan hati yang ikhlas dan khusyuk kepada Allah, sepertimana firman Allah SWT :

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”. (Al-Ankabut : 45)

Zakat dan Sedekah

Allah telah mewajibkan zakat ke atas orang Islam yang mempunyai harta yang banyak dan cukup haulnya selama setahun Hijrah dengan syarat-syarat tertentu. Sedekah pula adalah menginfakkan sebahagian harta kepada orang fakir miskin dan orang yang memerlukan bantu tanpa ditetapkan syarat-syarat tertentu.

Zakat dan sedekah adalah merupakan latihan kepada orang Islam untuk membuat baik antara satu sama lain dan ia dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara sesama Islam. Zakat dan sedekah juga dapat membersihkan harta seseorang itu dari memakan harta orang lain. Harta yang dimiliki bukan kesemuanya adalah miliknya dan sebahagian harta tersebut perlu dizakat dan disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Harta dunia hanya sementara dan tidak kekal selama-lamanya. Firman Allah SWT :

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Al-Taubah : 103)

Orang yang mengeluarkan zakat dan bersedekah dapat mendidik jiwanya supaya tidak baqil atau kedekut dengan orang lain, semoga ia mempunyai sifat bantu membantu dan kasih mengasihani antara satu sama lain.

Puasa

Puasa adalah salah satu latihan dan didikan jiwa yang dapat membendung segala nafsu amarah manusia. Ibadah puasa berupaya menyembuhkan manusia dari berbagai penyakit jasmani dan rohani. Firman Allah SAW :

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)

Dalam Tafsir Jalalain disebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat di atas ini adalah untuk menjauhkan diri dari perbuatan maksiat. Sesungguhnya puasa dapat menghindari diri dari melakukan maksiat dan juga dapat meredakan syahwat dalam diri seseorang Islam.

Haji

Mengerjakan haji adalah rukun Islam yang kelima. Ia dilakukan bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya. Orang yang mengerjakan haji akan mempunyai perasaan yang gemuruh, rasa aman, tenang dan bahagia. Haji yang ikhlas dapat melatih diri bertanggungjawab dan mempunyai jiwa yang kental. Haji merupakan satu latihan yang sangat susah untuk dilalui dan ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Dalam ibadah haji, melatih seseorang itu sering mengingati Allah, selalu berdoa kepada Allah, mengerjakan solat, mengorbankan binatang kerana Allah. Melatih seseorang itu merendahkan diri dengan meninggalkan pakaian yang indah dan cantik, mencukur rambut yang hebat dan cantik. Haji juga dapat menguatkan semangat kerjasama dan silaturahim antara satu sama lain.

Orang yang mengerjakan haji dengan ikhlas hatinya dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukannya selama ia hidup dengan memperolehi gelaran haji yang mabrur. Seolahnya ia seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan dan berada dalam keadaan bersih. Sabda Rasulullah :

“Dari satu umrah ke umrah lainnya adalah penghapus dosa yang ada di antara keduanya dan Haji Mabrur tiada balasan untuknya kecuali syurga”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sabar

Sifat sabar adalah salah satu penyebab datangnya keuntungan kepada orang yang mempunyai sifat sabar sepertimana firman Allah yang berbunyi :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali Imran : 200)

Sabar mempunyai faedah yang besar dalam mendidik jiwa manusia dan menguatkan peribadi manusia hingga menambah kekuatannya untuk mengharungi bebanan kehidupan. Sabar juga dapat memperbaharui semangat untuk mengharungi segala dugaan yang dilaluinya. Sabar adalah salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh setiap orang muslim, kerana orang yang sabar mempunyai jati diri yang kuat dalam mengharungi segala rintangannya dan segala rintangan tersebut tidak dapat melemahkan keinginannya.

Istiqfar Dan Bertaubat

Sudah menjadi fitrah manusia tidak akan terlepas dari segala kesilapan dan dosa. Rasulullah saw bersabda :

“Setiap anak Adam mempunyai banyak kesalahan, dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat”. (Riwayat Ahmad)

Taubat diwajibkan kepada sesiapa yang melakukan dosa. Setiap muslim pasti pernah melakukan dosa dan lalai dalam menunaikan ibadah kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibukakan kepada sesiapa yang ingin bertaubat dengan kesalahan yang telah dilakukannya. Allah sentiasa menerima taubat dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Firman Allah yang berbunyi :

“ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53)

Zikir

Sesungguhnya orang yang sentiasa berzikir atau mengingati Allah pada setiap waktu, memohon ampun kepadaNya dan berdoa kepadaNya. Ini semua akan menyebabkan manusia itu dekat dengan Allah sehingga akan merasakan hubungannya dengan Allah semakin kuat dan erat. Pada saat ini, tidak perlu bimbang lagi dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah dan bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Firman Allah SWT :

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Ra’ad : 28)


Bertakwalah Kepada Allah

BY USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL

Allah menjadikan manusia untuk beribadat kepadaNya. Ibadat dengan erti tunduk, patuh dan taat kepada perintah dan arahanNya. Ini semua bertujuan melahirkan manusia yang baik dan beriman kerana hanya manusia yang beriman dapat memakmurkan alam yang diciptakan Allah dengan kebaikan.

Sekiranya penghuni bumi beriman, bumi akan aman dan sebaliknya jika bumi dipenuhi orang-orang yang fasik nescaya ia akan berada di lembah kehancuran. Oleh itu bumi sangat perlu kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa agar dapat terus dimanfaatkan oleh penduduknya.
Pengertian Takwa

Takwa merupakan masdhar (kata dasar/jadian) dari kata waqa’ yang berarti menghalangi diri dari segala hasrat biologis (Syahwat). Menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan, khususnya hal-hal syubhat, lebih-lebih yang haram. Takwa mempunyai pengertian yang sangat luas dan banyak. Antara beberapa takrif takwa yang diberikan oleh ulamak ialah seperti berikut :
1. Takut kepada azab Allah dengan melakukan amalan yang soleh, dan takut kepada Allah secara terang atau tersembunyi.

2. Takwa juga adalah berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan agar tidak melampaui batasan yang ditegah oleh Allah. Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab tentang takwa. Ubay berkata: “Pernahkah kamu berjalan di suatu jalan yang penuh berduri?” Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubay lagi: “Bagaimana kamu melaluinya?” Kata Umar: “Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.” Lalu Ubay berkata: “Itulah makna takwa.”

3. Menurut Umar bin Abdul Aziz bahwa takwa adalah meninggalkan segala yang diharamkan (dilarang) oleh Allah Ta’ala dan melaksanakan apa Yang diwajibkan.

4. Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah mentakrifkan takwa sebagai ‘takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, redha dengan kurniaan Allah walaupun sedikit, dan membuat persediaan untuk hari pembalasan.”

5. Al-Tahanuwi mengatakan: “Takwa adalah kamu menghiasi batinmu untuk Allah sebagaimana kamu menghiasi zahirmu untuk makhluk.”

6. Al-Taftazani pula menjelaskan takwa adalah menghindari diri daripada segala yang dikeji oleh syarak.
Kedudukan Takwa

Takwa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa dalam Islam. Banyak ayat al-Quran yang menyeru dan mendesak manusia supaya bertakwa kepada Allah swt Setiap minggu kaum muslimin diingatkan dalam khutbah Jumaat supaya bertakwa. Dengan peringatan berterusan yang sentiasa diberikan kepada orang yang beriman ini, maka ia menunjukkan bahawa betapa Allah swt sangat memberikan perhatian ke arah melahirkan mausia yang bertakwa. Allah swt juga mengingatkan manusia agar benar-benar bertakwa kepadaNya. Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu seorang muslim.” (Ali Imran : 102)

Terdapat dua perkara penting yang menjelaskan kepada kita betapa besarnya kedudukan takwa dalam Islam iaitu:
Seruan Kepada Takwa Adalah Tugas Utama Para Rasul

Tugas semua rasul yang diutuskan oleh Allah ialah mengajak umat mereka bertakwa kepada Allah. Semenjak zaman nabi Adam ‘Alaihissalam dan nabi-nabi selepas itu sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw, kesemuanya menyeru kaum mereka supaya bertakwa kepada Allah. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang tugas ini. Antaranya ialah :

Firman Allah swt tentang kisah Nabi Nuh yang menyeru kaumnya supaya bertakwa kepadaNya selama 950 tahun :
“Kaum Nuh telah mendustakan para rasul,Ketika saudara mereka, Nuh berkata kepada mereka; mengapa kamu tidak bertakwa?” (Al-Syuara : 105-106)

Begitu juga kisah Nabi Hud as dengan kaum ad Baginda juga sentiasa menyeru kaumnya agar bertakwa kepada Allah swt :
“Kaum ‘Aad telah mendustakan para rasul.Ketika saudara mereka Hud berkata kepada mereka; Mengapa kamu tidak bertakwa?” (Al-Syuara : 123-124)

Antara tujuan dan matlamat Allah swt menurunkan hukum dan syariat kepada para nabi ialah untuk membentuk masyarakat yang bertakwa. Jika takwa sudah menghuni dalam jiwa manusia, maka mereka tidak perlu lagi kepada pengawasan dan kawalan daripada sesiapa pun. Takwa mendorong seseorang melakukan kebaikan yang membuahkan hasil.
Kayu Pengukur Kualiti insan

Allah swt menjadikan takwa sebagai kayu ukur hubungan seseorang hamba denganNya. Jika seseorang itu bertakwa, bererti dia orang yang hampir dengan Allah swt, manakala orang yang tidak bertakwa, dia adalah orang jauh hubungannya dengan Allah swt. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat : 13)

Allah tidak menilai seseorang berdasarkan rupa paras, harta atau kedudukan, sebaliknya takwa menjadi asas penilaian Allah terhadap kualiti seseorang insan. Allah juga menyebut bahawa takwa sebagai sebaik-baik bekalan yang perlu disediakan oleh manusia untuk bertemu denganNya di akhirat kelak. Tiada bekalan lain yang setanding dengan takwa. Firman Allah :

“Sediakanlah bekalan,sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa” (Al-Baqarah : 197)

Di samping itu, takwa juga menjadi pakaian terbaik untuk perhiasan hidup manusia di dunia ini kerana orang yang bertakwa bukan sahaja mulia di sisi Allah tetapi mereka juga akan dihormati oleh manusia kerana ketinggian akhlak dan keperibadian mulia. Firman Allah swt :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan, dan takwa ialah sebaik-baik pakaian untukmu”(Al-Araf : 26)
Implikasi Orang Bertakwa

Allah swt telah menjanjikan beberapa ganjaran bagi orang yang bertakwa sama ada berupa ganjaran di dunia mahupun ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Antara ganjaran yang menanti orang-orang yang bertakwa ialah :
Allah Menjadikan Di antara Para WaliNya

Kedudukan orang yang bertakwa sangat mulia di sisi Allah. Allah swt tidak menjadikan rupa paras atau harta dan kedudukan sebagai kayu pengukur kepada penilaian kemuliaan seseorang manusia, sebaliknya menjadikan ketakwaaan seseorang sebagai ukuran. Walaupun pada pandangan manusia seseorang mungkin di pandang rendah kerana tidak memiliki harta, kekayaan dan pangkat tetapi jika dia bertakwa, maka dia tinggi di sisi Allah. Di kalangan orang yang bertakwa ada yang lebih tinggi darjat mereka lalu diangkat oleh Allah sebagai para waliNya. Firman Allah swt :
“Ingatlah sesungguhnya para wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.Iaitu orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (Yunus : 62-63)
Mendapat Hidayah Daripada Allah

Allah swt berhak memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Bagi orang yang bertakwa, mereka seolah-olah mendapat satu jaminan daripada Allah swt bahawa mereka akan mendapat hidayah tersebut, sedangkan orang yang tidak bertakwa akan terus berada dalam kesesatan kerana tiada hidayah daripada Allah swt. FirmanNya :
“(Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran : 138)
Menerima Amalan Mereka Sebagai Ibadat

Firman Allah swt :
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa." (Al-Maaidah : 27)

Ini bermaksud orang yang tidak bertakwa, segala amalan kebajikan yang mereka lakukan tidak dinilai dan diberikan ganjaran oleh Allah. Amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Mereka menjadi orang-orang yang rugi.
Selamat Daripada Rancangan Jahat Dan Godaan Syaitan

Orang yang tidak bertakwa mudah terpengaruh dengan pujukan dan godaan syaitan. Mereka akhirnya terpedaya dan mengikut hasutan syaitan yang menyesatkan. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was daripada syaitan mereka ingat kepada Allah, ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Al-Araaf : 201)
Terlepas Daripada Belenggu Kesempitan Hidup Dan Dimurahkan Rezeki

Orang bertakwa sentiasa diberikan jalan keluar oleh Allah ketika berhadapan dengan sebarang masalah. Hati mereka sentiasa tenang kerana yakin Allah pasti akan membantu mereka. Allah juga memberi jaminan rezeki yang berterusan kepada orang-orang yang bertakwa. Firman Allah swt :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar .Dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak ia sangka.” (Al-Talaq : 2-3)
Sentiasa Mendapat Pertolongan Dan Kasih Sayang Allah

Orang-orang yang bertakwa sentiasa patuh dan taat kepada Allah. Mereka melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu Allah juga memberikan kasih dan cintaNya kerana mereka. Bahagialah orang-orang yang mendapat kasih dan cinta Allah kerana Allah akan sentiasa memeliharanya daripada sebarang kecelakaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Al-Nahl : 128)

FirmanNya lagi :
“Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang bertakwa.” (Al-Taubah : 7)
Mendapat Balasan Syurga Daripada Allah

Syurga menjadi idaman bagi setiap manusia, lebih-lebih lagi orang-orang yang beriman. Mereka sering merindukan syurga. Mereka juga terdorong melakukan amalan soleh dengan harapan diberikan ganjaran syurga. Allah menjanjikan syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tiada tandingannya kepada orang yang bertakwa. Firman Allah swt :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman syurga dan di mata-mata air.” (Al-Zariyat : 15)
Kisah Orang Bertakwa

Kisah Pertama :

Abdullah bin Dinar menceritakan: “Suatu hari aku pergi ke Mekah dengan Umar al-Khattab. Dalam perjalanan kami kehabisan bekalan makanan, lalu bertemu dengan seorang pemuda pengembala kambing. Umar meminta kepada pemuda itu agar dijualkan seorang kambing kepada kami. Pemuda itu memberitahu dia hanyalah seorang hamba yang ditugaskan memelihara kambing tersebut, tidak berhak untuk menjualnya.

Umar mengujinya dengan berkata: “Kamu beritahulah kambing kamu telah dibaham serigala.” Jawab pemuda itu: “Allah melihat perbuatan saya.” Umar menangis mendengar jawapan pemuda pengembala kambing tersebut yang takut kepada Allah. Dia tidak sanggup melanggar larangan Allah dengan menjual kambing yang bukan miliknya, walaupun ditawarkan dengan ganjaran dunia di saat dia sangat memerlukannya. Akhirnya pemuda itu dibeli lalu dibebaskan oleh Umar al-Khattab.”

Kisah Kedua :

Kisah seorang ibu dengan anak gadisnya penjual susu. Ibunya mahu mencampurkan air ke dalam susu agar mereka mendapat keuntungan yang lebih. Si ibu menyebut bahawa tiada siapa yang tahu perbuatan mereka termasuk khalifah Umar. Jawab si anak gadis: “Walaupun Umar tidak nampak, tetapi tuhan Umar nampak perbuatan kita.” Anak gadis ini tidak mahu mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan melakukan penipuan. Walaupun tiada siapa yang melihat perbuatannya, tetapi keyakinan kepada Allah telah mencegahnya daripada perbuatan dosa.

Kedua-dua kisah di zaman Saidina Umar ini memberikan gambaran pemuda dan pemudi yang beriman dan bertakwa yang telah berjaya dilahirkan pada zaman baginda. Mereka memiliki peribadi, akhlak dan keimanan yang tinggi. Bagaimana pula dengan generasi muda-mudi di zaman kita sekarang?
Jalan-jalan Menuju Takwa

Setelah mengetahui hakikat dan kepentingan takwa, kita perlu mengetahui jalan-jalan yang boleh membawa kita menjadi orang-orang yang bertakwa. Kita juga mahu mencontohi dan menjadi golongan beriman sebagaimana golongan yang terdahulu. Berikut adalah beberapa perkara yang harus dilakukan untuk mencapai darjat takwa :
Membaca Al-Quran Dan Menghayatinya

Hati yang bersih dapat menerima peringatan daripada al-Quran. Orang yang mendapat penyakit hati seperti tiada ketenangan jiwa dan resah gelisah, hati mereka akan sembuh apabila membaca al-Quran. Firman Allah swt :
“Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertakwa.” (Al-Baqarah : 187)

Firman-Nya lagi :
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus : 57)

Bagi orang kafir dan munafik, mereka tidak mendapat manfaat daripada Al-Quran. Sebahagian ulama tasawwuf menyebutkan bahawa Al-Quran ialah jalan yang paling sempurna untuk mendapat keredhaan Allah. Tempoh paling singkat untuk mengkhatamkan Al-Quran ialah tiga hari (sehari sepuluh juzuk) manakala paling lama ialah sebulan (sehari satu juzuk). Para ulamak menyebutkan tidak harus seorang muslim membiarkan harinya berlalu tanpa dia membaca sebahagian daripada Al-Quran.

Membaca Al-Quran bukan sekadar untuk mendapat berkat tetapi tujuan utama ialah untuk memahami ,menghayati dan beramal dengan isi kandungannya. Di samping itu pembaca mestilah menjaga adab ketika membaca Al-Quran yang merupakan kitab suci dan hidayah bagi orang-orang beriman.
Berusaha Mencari Hidayah Allah

Hidayah adalah hak milik Allah. Manusia hanya boleh berusaha untuk mendapatkannya tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk diberi hidayah.Firman Allah swt :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami.”(Al-Ankabut : 69)

Antara usaha yang boleh dilakukan oleh manusia untuk mencapai hidayah Allah ialah dengan memperbanyakkan berfikir tentang ciptaan Allah serta berzikir kepadaNya. Firman Allah swt :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lagit dan bumi (lalu berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Allah, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”(Ali Imran : 190-191)

Di samping itu manusia hendaklah memenuhi segala tuntutan dan kewajipan sebagai seorang muslim seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menghubungkan silaturrahim, jihad pada jalan Allah dan meninggalkan yang haram .
Berpuasa

Berpuasa merupakan salah satu cara untuk mencapai darjat takwa di sisi Allah. Takwa ialah jalan menuju ke syurga, dan syurga pula dikelilingi oleh perkara yang dibenci oleh manusia, manakala hawa nafsu pula ialah jalan menuju ke neraka. Berpuasa adalah lambang penguasaan manusia terhadap hawa nafsu. Manusia berjaya hidup di atas dunia ini sekiranya nafsu mereka dapat dikuasai. Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Neraka dikelilingi oleh hawa nafsu (yang disukai manusia), dan syurga dikelilingi oleh perkara yang dibenci manusia (melakukannya).” (Muttafaqun ‘Alaih)

Antara hikmah Allah mewajibkan puasa kepada orang beriman ialah untuk melahirkan orang-orang yang bertakwa kepadaNya. Dengan melakukan ibadah puasa manusia boleh mencapai darjat ketakwaan. Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu puasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)

Ibadah puasa mempunyai kekuatan menundukkan hawa nafsu. Puasa juga mempunyai sistem pendidikan yang baik kerana dalam ibadah puasa Ramadhan disunatkan juga membaca al Quran, solat tarawih, ‘iktikaf di masjid, qiamullail dan bersedekah.Semuanya seolah-olah satu pakej yang mempunyai kelebihan tersendiri yang saling melengkapkan antara satu sama lain dalam melahirkan orang-orang yang bertakwa.
Mengenal Allah (Ma’rifatullah)

Kita diperintah supaya beribadah kepada Allah. Ibadah tidak bererti tanpa kita mengenal siapa tuhan yang kita sembah. Semua penganut agama di dunia mendakwa mereka menyembah tuhan, tetapi mereka menyembah tuhan yang palsu kerana mereka tidak kenal tuhan yang sebenar. Firman Allah swt :
“Wahai manusia, sembah tuhan yang menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa”. (Al-Baqarah : 21)

Untuk menjadi orang bertakwa, seseorang manusia mesti mengenal zat, sifat dan nama Allah seperti yang diterangkan oleh al-Quran. Zat Allah tidak sama dengan zat makhluk begitu juga sifatNya yang tidak sama dengan sifat makhluk. Firman Allah swt :
“Tidak ada suatu pun yang serupa denganNya,dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Syura : 11)

Ibadah juga mestilah dilakukan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. Kita tidak boleh mereka atau mencipta menurut hawa nafsu sendiri. Semua perbuatan kita sama ada melakukan yang disuruh, meninggalkan larangan atau melakukan yang sunat pula mestilah disertai dengan niat beramal soleh. Jika tidak, amalan kita hanya menjadi adat kebiasaan.

Demikianlah sebahagian kaedah sebagai panduan bagi seseorang untuk mencapai darjat takwa. Jika kita berusaha memenuhi segala tuntutan tersebut, tidak mustahil kita juga dapat memperolehinya. Bahagialah orang yang berjaya mencapai ketakwaan kerana mereka akan beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
Kesimpulan

Setiap orang yang beriman hendaklah berusaha mencapai darjat takwa iaitu dengan cara memastikan setiap perbuatan dan perkataan yang mereka lakukan bertujuan mendapat keredhaan Allah. Orang yang diredhai Allah akan mendapat kasih sayang daripadaNya.