Ahad, 26 Ogos 2012

SOAL JAWAB TATKALA SAKARATUL MAUT


( Jawaban Roh )
Diriwayatkan, tatkala Malaikat maut mencabut roh seseorang mukmin, maka berkatalah ruh “Aku tidak akan ikut selagi engkau belum diperintah untuk urusan itu”. Lalu ruh menuntut alamat dan tanda-tanda seraya berkata “ Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku dan memasukkan aku kedalam tubuhku, ketika itu engkau tidak ada. Adapun sekarang engkau akan mengambil aku”.
Maka kembalilah Malaikat maut kepada ALLAH SWT. Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud “ Apakah kamu telah mencabut ruh dari seorang hamba-hambaku ?”
Malaikat maut menjawab “ Ya ALLAH, bahawasanya hamba Mu berkata seperti Itu…..dan ia menuntut alamat dan tanda-tanda kepadaku”. ALLAH berfirman lagi yang bermaksud “ Sungguh benar ruh hamba ku”. Lalu ALLAH berfirman “ Wahai malaikat maut, pergilah ke surga, ambillah tuffah dan itulah tanda-tandaku dan perlihatkanlah kepada ruh hamba Ku”. Malaikat maut lalu berangkat ke surga dan mengambil tuffah yang di atasnya tertulis :
Artinya “ Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang ”
Setelah tuffah itu di perlihatkan kepada ruh, maka keluarlah ruh tersebut dengan sempurna.

( Jawaban Anggota badan )
Dalam satu riwayat yang lain, tatkala sakaratul maut, maka datanglah Malaikat maut di sisi mulut untuk mencabut roh seseorang hamba dari mulutnya. Maka keluarlah dzikir dari mulutnya seraya berkata “ Tidak ada jalan bagimu dari arah ini”.
Maka kembalilah Malaikat maut ke sisi ALLAH menyampaikan akan hal sedemikian itu. Lalu ALLAH memerintahkan “ Cabutlah dari arah yang lain”.
Lalu Malaikat maut mendatangi dari sisi tangan seseorang hamba itu, namun keluarlah pula sedekah seraya berkatalah tangan “ Tiada jalan bagimu untuk mencabut nyawa, sebab ia bersedekah dengan aku, mengusap anak yatim dengan aku, begitu pula menulis kalam dan memukul leher-leher orang kafir dengan pedang pada aku.
Selanjutnya Malaikat maut datang ke sebelah kaki, dan kaki pula berkata “ Tidak ada jalan bagi mu dari arah ku, sebab ia berjalan dengan aku untuk berjemaah, berhari raya, ke majlis-majlis ilmu dan belajar”.
Malaikat lantas mendatangi ke sisi telinga. Lalu telinga berkata “ Tiada jalan bagi mu dari arahku, sebab ia mendengar AL-QURAN , suara azan dan dzikir dengan aku”. Lalu Malaikat mendatangi kedua mata. Maka kedua mata itu berkata “ Tiada jalan bagimu dari arah kami, sebab ia melihat dengan aku mushaf-mushaf, wajah-wajah para alim ulama, kedua orang tua dan para shalihin”.
Akhirnya Malaikat maut kembali kepada ALLAH seraya berkata “ Wahai Tuhanku,
Bahawasanya hamba Mu berkata demikian….demikian….”
Maka ALLAH berfirman yang bermaksud “ Wahai Malaikat maut, gantunglah nama Ku pada tapak tanganmu, dan perlihatkanlah kepada rohnya hamba Ku sehingga ia melihatnya”.
Kemudian Malaikat maut pergi dan menulis nama ALLAH pada tapak tangannya lalu memperlihatkan kepada roh seorang hamba. Maka keluarlah ruhnya seorang hamba itu dengan berkat nama ALLAH.
ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud ;
“ Maka adakah orang-orang yang dibukakan ALLAH hatinya untuk ( menerima ) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya”.
( Az-Zumar : 22 )
Disebutkan dalam sebuah hadith “ 5 perkara merupakan bisa yang mematikan dan 5 perkara yang lain adalah ubatnya”.
1. Dunia adalah bisa yang mematikan, zuhud adalah ubatnya.
2. Harta adalah bisa yang mematikan, zakat adalah ubatnya
3. Ucapan adalah bisa yang mematikan, dzikirullah adalah ubatnya.
4. Seluruh umur adalah bisa yang mematikan, taat adalah ubatnya.
5. Seluruh tahun adalah bisa yang mematikan, bulan ramadhan adalah ubatnya.

Dalam sebuah Hadith lain, apabila seoarng hamba sudah sampai pada nazak, maka menyerulah penyeru dari sisi ALLAH : Tinggalkanlah ia sampai istirehat seketika.
Demikian pula jika ruh itu sampai di kedua lutut dan pusar. Dan jika sudah sampai pada kerongkong, maka datanglah panggilan : Tinggalkanlah ia sampai anggota-anggota badan itu minta izin berpisah dengan anggota badan yang lainnya.
Maka mata meminta izin berpisah dengan mata, demikian pula kedua telinga, kedua tangan, kedua kaki dan seterusnya.
Maka kita pohon perlindungan ALLAH hendaknya janganlah berpisahnya ma’rifat dan iman dari hati.
Demikian tinggallah segala-galanya. Maka jika ia tidak melihat Tuhan yang Maha Mulia, sungguh merugikan ia dengan kerugian yang amat besar.
Imam Abu Hanifah ra. berkata “ Kebanyakan sesuatu yang merosak iman dari seorang hamba adalah waktu nazak”.
Semoga ALLAH S.W.T menjaga akan rosaknya iman kita.

PESAN ROH KEPADA MANUSIA


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
 Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah saw bersabda: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah saw lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak   mereka.
 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
 Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya  oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1.    Orang-orang yang mati syahid
 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.

PERIHAL KEMATIAN DAN KENDURI ARWAH


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Pada kebiasaannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan diadakan oleh keluarga orang yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut menjemput orang-orang hadir yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke rumah si mati bagi membacakan ayat-ayat Al-Qur‘an seperti surah Yasin, bertahlil dan sebagainya untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Selepas acara tersebut semua tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Apakah amalan sedemikian sesuai dengan kehendak hukum syarak?

Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :
Tafsirnya: “ Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”.
(Surah Al-Muzzammil: 20) 
Menurut Ibnu Hajar, adalah sunat bagi jiran si mati sekalipun bukan berasal dari negerinya atau bukan ahli keluarga si mati menyediakan makanan yang boleh mengenyangkan ahli keluarga si mati pada hari tersebut hingga ke malamnya. Begitu juga sunat bagi keluarga si mati yang jauh berbuat demikian kerana ahli si mati ketika itu diselubungi oleh kesedihan di atas kematian tersebut. (Hawasyi Al-Syarwani dan Ibnu Qasim (Al-Tuhfah) : 3/207) 
Jika dilihat kepada kebiasaan kenapa majlis kenduri arwah itu diadakan, ialah bertujuan untuk memohon rahmat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati dengan mengajak dan membawa orang ramai khususnya sanak saudara supaya berdoa untuk si mati supaya si mati mendapat rahmat daripada doa tersebut; selain itu ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan (silaturahim) di kalangan sanak saudara dan kerabat serta jiran. Maka dari sudut ini mengadakan majlis kenduri arwah itu adalah suatu perbuatan yang baik dan digalakkan oleh Islam. 
Walau bagaimanapun, supaya tujuan kenduri tersebut selaras dengan kehendak agama, janganlah ia dianggap bahawa ia dibuat sebagai suatu perkara hak bagi si mati yang mesti ditunaikan oleh keluarganya. Begitu juga jamuan itu jangan dianggap sebagai suatu perkara agama yang di syari‘atkan. 
Jelasnya, mengadakan kenduri arwah dan membuat jamuan itu jika tujuannya untuk membalas budi baik kepada orang dan jiran kepada si mati serta menghubungkan silaturahim tidaklah menjadi kesalahan dalam agama. Yang lebih elok dan sunat pula, apabila kaum kerabat dan jiran menghantar makanan kepada ahli si mati sebagai tanda simpati untuk meringankan beban mereka kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah yang sebenarnya wajar dilakukan oleh orang Islam dalam usaha meringankan bebanan keluarga si mati dan di antara cara menghiburkan mereka. Inilah juga perkara yang disuruh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai kepada Baginda berita kematian Ja‘afar bin Abi Talib, Baginda bersabda : 
Maksudnya: “Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah meninggal, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk (disebabkan ditimpa kematian itu)”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah) 
Berdasarkan hadis di atas adalah jelas bahawa menyediakan makanan oleh jiran atau keluarga sama adatau yang jauh kepada ahli keluarga si mati adalah perbuatan yang terpuji kerana berbuat begitu menzahirkan perasaan simpati, kasih sayang, silaturahim dan mengambil perhatian terhadap keluarga si mati. Di samping itu juga dianggap sebagai meringankan beban dan menghiburkan keluarga yang ditimpa kesedihan. 
Di negara kita, timbul pula budaya baru dalam usaha meringankan beban dan menghiburkan keluarga yang ditimpa kematian itu. Namun caranya bukan dengan menghantarkan makanan, tetapi dalam bentuk yang lain iaitu memberikan sampul-sampul surat sambil menziarahi keluarga dan mayat. Sampul-sampul itu berisi wang yang berbeza-beza jumlahnya untuk diberikan kepada keluarga si mati, sebagai tanda simpati. Yang lebih menarik lagi, ianya bukanlah terhad dilakukan oleh kaum kerabat dan jiran-jiran sahaja, malahan juga rakan taulan dan siapa sahaja, dengan tidak mengira jauh ataupun dekat. Budaya seumpama ini sesuai dengan kehendak sunnah seperti di atas yang wajar kita amalkan dan kekalkan.
Sebahagian orang mengadakan kenduri arwah ini sehingga empat puluh hari. Amalan sedemikian nampaknya tidak bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh Mujahid apabila seseorang itu mati maka langit dan bumi akan menangis di atas kematiannya selama empat puluh pagi, kerana bumi dan langit kehilangan seorang hamba Allah yang sentiasa mengimarahkan bumi dengan ruku‘ dan sujud. Manakala langit pula kehilangan ucapan tasbih dan takbir. Menurut Ali dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa apabila seorang mukmin meninggal dia ditangisi oleh tempat ibadatnya di bumi dan tempat naik amalnya yang baik di langit. (Al-Qurtubi: 16/130) 
Islam sangat menggalakkan orang hidup terutama kepada anak-anak dan keluarga terdekat yang lain supaya sentiasa membaca Al-Qur‘an, doa dan zikir dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah meninggal. Pada hakikatnya pembacaan Al-Qur‘an, bertahlil dan seumpamanya itu tidak hanya terhad atau terikat dengan tujuh hari, empat puluh hari atau disebut sebagai makan haul, bahkan bacaan-bacaan tersebut sepatutnya sentiasa diamalkan sepanjang masa supaya ibu bapa dan keluarga yang telah meninggal itu mendapat rahmat, ketenangan dan kebahagiaan sebagaimana yang dinanti-nantikan oleh mereka. Hal ini telah digambarkan dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Umpama orang mati itu dalam kuburnya seperti orang karam yang berpaut dengan apa sahaja, dia menanti doa daripada anak, atau bapa atau saudara atau kerabat, dan sesungguhnya doa itu masuk ke dalam kubur si mati (iaitu) doa daripada orang yang hidup yang berupa cahaya seperti gunung besarnya”. 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga menyatakan bahawa tiap-tiap seorang hamba Allah mempunyai dua pintu di langit, sebuah pintu tempat amalnya naik dan sebuah lagi tempat rezekinya turun; maka apabila seseorang mukmin itu mati, ternyata kehilangannya oleh kedua pintu itu, lalu menangisinya. Perkara ini telah diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, sebagaimana Baginda bersabda:
Maksudnya: “Orang mukmin itu mempunyai dua pintu, satu pintu bagi amal kebajikannya naik ke langit dan satu pintu tempat turun rezekinya daripada langit. Maka apabila seseorang itu mati kedua-dua pintu itu menangis. Oleh kerana itu Allah Ta‘ala berfirman: “Mereka itu (Firaun dan orang-orang yang tidak melakukan amal kebaikan di muka bumi ini, ketika dibinasakan) tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi)
Abu Al-‘Ijji Al-Dimasqiyi menyebutkan dalam Syarh Al-Aqidah Al-Thahawiyah, menurut ahli Sunnah wa Al-Jama‘ah, puasa, sembahyang atau sedekah untuk dijadikan pahalanya kepada orang lain sama ada yang telah mati dan yang hidup adalah harus. Pahala tersebut juga sampai kepada mereka. Begitu juga pendapat ulama Syafi‘eyah bahawa doa yang dihadiahkan kepada orang mati dan orang hidup akan sampai kepada mereka sama ada kepada keluarga yang dekat atau jauh, dengan wasiat atau sebaliknya. Perkara ini dijelaskan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Syarh Al-Aqidah At-Thahawiyah: 664 / Hukm Al-Syari‘ah Al-Islamiyah Fi Ma’tam Lailah Al-Arba‘in: 19 & 37)
Allah Subahanahu wa Ta‘ala juga menjelaskan di dalam Al-Qur‘an bahawa doa orang yang hidup kepada orang yang telah mati itu memberi manfaat kepada si mati. Dalam hal ini Allah Subahanahu wa Ta‘ala memerintahkan supaya beristiqfar (memohonkan keampunan) untuk para sahabat, tabi‘en, orang-orang alim, termasuk keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan dan orang-orang Islam yang lain yang telah meninggalkan kita terlebih awal termasuk sebagaimana Allah berfirman:
Tafsirnya: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.
(Surah Al-Hasry: 10)
Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga memerintahkan para sahabat memohon keampunan bagi Raja Najasyi yang telah meninggal. Begitu juga Baginda memerintahkan umat Islam memohon keampunan bagi si mati ketika dikuburkan,sebagaimana sabda Baginda:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Najasyi, Raja Habsyah meninggal pada hari itu, lalu Baginda bersabda: “Pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam riwayat yang lain, Osman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anhu berkata:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila selesai menguburkan mayat, Baginda berdiri di atasnya seraya bersabda: “pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu, pohonkanlah baginya ketetapan menjawab kerana ketika ini dia sedang disoal”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Begitu juga dengan bersedekah, pahala sedekah tersebut akan memberi manfaat kepada si mati jika diniatkan sedemikian, sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam apabila ditanya: “Adakah sesuatu yang bermanfaat bagi seseorang yang meninggal apabila disedekahkan sesuatu untuknya? Hal ini diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya Sa‘ad bin Ubadah saudara Bani Sa‘edah, pada masa kematian ibunya, dia tidak berada di sisinya, lalu beliau datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu ku telah meninggal sedang aku tidak berada di sisinya, oleh kerana itu adakah sesuatu boleh memberi manfaat kepadanya jika aku sesuatu itu untuknya?” Baginda bersabda: “Ya”, Sa‘ad berkata: “Maka sesungguhnya aku bersaksi kepada engkau bahawa kebunku yang berbuah itu adalah sedekah untuk ibuku”
(Hadis riwayat Al-Bukhari) 
Dalam hadis yang lain juga ada menyatakan:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara tiba-tiba dan aku menyangka apabila dia (dapat) berkata-kata maka pasti dia akan bersedekah, apakah aku (dapat) bersedekah untuknya?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ya, bersedekahlah untuknya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari) 
Berdasarkan ayat Al-Qur‘an dan hadis-hadis di atas, amal kebajikan yang dilakukan sama ada amalan mengadakan kenduri arwah atau bersedekah, memberikan wang kepada orang yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an hingga khatam, berdoa dan sebagainya dengan niat pahalanya untuk si mati lebih diyakini bahawa pahalanya akan sampai kepada si mati.
Memberi Wang Kerana Menyembahyangkan Mayat
Kadang-kadang menguruskan mayat itu menggunakan perbelanjaan yang banyak keranakeluarga si mati akan memberi wang kepada orang-orang yang menyembahyangkan mayat. Berhubung dengan perbelanjaan ini jika orang yang memberi itu bukan ahli waris seperti kaum kerabat yang terdiri daripada zawilarham, anak menantu atau sahabat-sahabat si mati dan harta yang diberikan itu pula bukan daripada harta si mati, maka adalah harus diberikan kepada orang-orang yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an dan tahlil dengan maksud pahalanya untuk si mati.
Jika yang memberi wang itu terdiri daripada ahli waris dan wang yang diberikan itu pula ialah harta atau wang pusaka (warisan), maka hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada semua ahli waris yang berkenaan. Sekiranya hal ini terjadi, perlu juga diingat bahawa hendaklah penggunaan wang atau harta pusaka itu tidak menjejaskan perkara-perkara wajib bagi si mati seperti menunaikan wasiat, zakat, hutang dan lain-lain.
Maka dalam hal ini sama ada pemberian berupa wang atau seumpamanya kepada orang yang menyembahyangkan, pembaca-pembaca Al-Qur‘an, atau kepada jemputan yang hadir yang turut mendoakan si mati, pemberian wang tersebut boleh sahaja diterima sebagai sedekah kerana si mati, bukannya upah sembahyang. Si penerima juga boleh membuat pilihan sama ada menerima sedekah tersebut atau menerimanya kemudian menyedekahkannya semula kepada keluarga si mati. Ini yang elok, kiranya keluarga si mati itu lebih memerlukannya atau sangat berhajat kepada wang berkenaan.
Di sini perlu diperjelaskan bahawa pemberian sedekah seperti wang kepada orang-orang yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an, tahlil dan kepada jemputan yang hadir tidaklah termasuk perkara yang dituntut di dalam penyelenggaraan mayat dan ia bukanlah suatu perkara yang wajib atau sunat yang disyari‘atkan oleh agama.

Maka sewajarnya perbuatan pemberian sedekah seperti itu hendaklah mengambil kira tidak memberatkan atau membebankan kepada keluarga atau ahli waris si mati. Firman Allah Subahanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.
(Surah Al-Baqarah: 286)

Hal ini juga sesuai dengan ajaran dan pimpinan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: “Kami berada di sisi Umar lalu beliau berkata: “Kami dilarang daripada sebarang perbuatan yang memberatkan”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Saat kedatangan ajal maut itu mustahak sentiasa dalam ingatan supaya setiap orang akan siap sedia dengan amalan yang membawanya ke syurga. Kenduri arwah atau seumpamanya selepas kematian seseorang itu hanyalah satu usaha daripada orang-orang yang hidup. Namun usahanya sendiri di samping rahmat Allah penentu kepada nasib sebenarnya.

SEKSAAN MENANTI WANITA


Rasulullah S.A.W telah melihat beberapa seksaan yang menimpa wanita . . .
Setiap kali terkenangkan beberapa seksaan yang menimpa wanita yang dilihatnya ketika melalui peristiwa Israk Mikraj, baginda Nabi Muhammad S.A.W pasti akan menitiskan air mata . Lihatlah, betapa sayangnya baginda Rasulullah kepada umatnya terutama kepada wanita.. Dan sebagai wanita Islam seharusnya bersyukur atas kasih sayang baginda..
Antara seksaan yang telah dilihat Baginda ialah :
1- Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya yang mendidih.. Mereka ini adalah perempuan-perempuan yang enggan melindungi rambutnya daripada pandangan lelaki bukan muhrim ..
2- Perempuan yang digantung dengan lidah dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya .. Mereka ini adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya ...
3- Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya . . . Mereka ini merupakan golongan perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa kebenaran suaminya ...
4- Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya dan dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ekor ular dan kala jengking ... Mereka ini adalah golongan wanita yang boleh solat dan berpuasa namun tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan mandi junub . . golongan ini juga selalu keluar rumah tanpa izin suami terlebih dahulu dan tidak mandi ( tidak bersuci daripada haid dan nifas )
5- Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala .. golongan ini adalah wanita yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain . .
6- wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka merupakan wanita yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya . . .
Oleh itu, para wanita sekalian .. jika tidak mahu seksaan di atas menimpa kepada diri sendiri maka ikutilah segala perintah ALLAH S.W.T dan tinggalkan larangan-NYA ... apa salahnya jika kita mematuhi segala perintah-NYA .. Sama-sama lah kita renung-renung petikan di atas dan bermuhasabah diri.. Adakah kita tergolong daripada golongan tersebut.. Jika tidak, syukur Alhamdulillah.. Dan jika sebaliknya, cepat-cepatlah kita perbetulkan.. " Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa" .. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-NYA yang ingin bertaubat ...kebahagiaan akhirat adalah kebahagiaan yang kekal abadi.. kita mencari redha ALLAh bukan redha manusia .. Dan sesungguhnya, keredhaan ALLAH itu terletak pada keredhaan ibubapa kita .. WALLAHUALAM
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

UJIAN KELAPANGAN DAN KESEMPITAN


Dalam kehidupan ini, terkadang Allah SWT melapangkan dan menyempitkan urusan kita, sebenarnya Allah melapangkan kita, supaya kita tidak selalu dalam berada dalam kesempitan dan Allah menyempitkan kita supaya kita tidak hanyut dalam kelapangan. Allah SWT mengubah-ubah keadaan kita dari kelapangan pada kesempitan,  sedih ke gembira, dari sehat ke sakit, dari kaya ke miskin, dari terang ke gelap, supaya kita mengerti bahwa kita tidak terbebas dari hukum ketentuan-Nya, dan supaya kita selalu berdiri diatas landasan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH (tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu, kecuali dengan pertolongan Allah)

Mengutip Kitab Al Hikam, Ibn Atha Illah al-Sakandari, Abu Bakar Assiddiq ra berkata, ”kami diuji dengan kesukaran, maka kami tahan, sabar, tetapi ketika diuji dengan kesenangan atau kelapangan kami hampir tidak sabar atau tidak tahan”  Karena itu  bagi beberapa orang arif, jika merasa lapang lebih khawatir/takut daripada jika berada dalam kesempitan, karena didalam masa kelapangan, hawa nafsu dapat lebih berperan mengambil bagiannya sedangkan dalam masa sempit, hawa nafsu lebih sulit memperdaya.

Namun bagi sebagian orang, justru merasa nyaman-nyaman saja dengan ujian kelapangan yang diberikan Allah, dan kadang ada yang terhanyut dalam ujian kelapangan yang diberikan-Nya, hingga menombor duakan Allah atau bahkan yang terparah melupakan Allah, Sang Pemberi Nikmat dan Kelapangan. Setelah Allah mencabut ujian kelapangan dan menggantinya dengan ujian kesempitan, maka barulah orang itu sedar dan kembali mengingat Allah.

Tidak sedikit dari kita yang tidak mampu menghargai keberadaan Allah dikala senang, disaat lapang, dan baru kembali mengingat-Nya, mencari-Nya, mendekati-Nya, saat berada dalam kesulitan/kesempitan.  Apabila kita tidak ingin, diingatkan oleh Allah melalui ujian kesempitan, ujian kesusahan,  maka ingatlah Allah selagi kita berada dalam kelapangan dan kemudahan.

Tunaikanlah semua kewajiban kita dengan sebaik-baiknya, jangan sampai kita melupakan fitrah kita diciptakan-Nya, yaitu untuk mengabdi kepada-Nya, seperti tertulis dalam firman-Nya di surah Adz Dzariyat ayat 56 Allah swt berfirman :  ”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku/mengabdi kepada-Ku”

Mengutip Al Hikam, Ibn Athaillah al Sakandari, Wahb bin Munabbiih berkata, Allah swt berfirman : “Hai anak Adam, ta’atilah perintah-Ku dan jangan engkau beritahukan kepada-Ku apa yang menjadi hajat keperluan yang baik bagimu (yakni engkau jangan mengajari kepada-Ku apakah yang baik bagimu).  Sesungguhnya Aku telah mengetahui kepentingan hamba-Ku.  Aku memuliakan siapa yang patuh pada perintah-Ku dan menghina siapa yang meremehkan perintah-Ku.  aku tidak menghiraukan kepentingan hamba-Ku sampai hamba-Ku memperhatikan hak-Ku (yakni memperhatikan kewajibannya terhadap Aku)”

Dengan memperhatikan Firman Allah tersebut diatas, sebaiknya kita meyakini, bahwa sebenarnya, hidup kita susah atau senang, sebenarnya itu sangat terkait dan tergantung pada seberapa besar keimanan kita kepada Allah dan pada seberapa besar kita menempatkan Allah dalam hati, sudahkah menjadi prioriti utama? Karena semua Firman Allah pasti benarnya.  Kita ingin hidup kita berjalan mulus, rezeki lancar, dapat meraih cita-cita, tapi kita tidak mementingkan Allah dan mengabaikan Allah yang Maha Pemberi Segala.

Sebenarnya Allah swt, memberikan kita ujian kesulitan, kesempitan, itu untuk kebaikan kita sendiri, untuk menyadarkan kita dari kelalaian jiwa dan ketahuilah Allah swt tidak pernah membuat hamba-Nya menderita, kita menderita karena ulah kita sendiri.


Koleksi Soalan Kuliyah Ustaz Azhar di Masjid Negeri Shah Alam



Berikut merupakan koleksi soalan yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada 26 Januari 2012. Terdapat 26 soalan kesemuanya.
1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi) ditulis dosa.
Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam2 pakai baju apa?
GF: I malam2 baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.
2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?
- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.
Perumpamaan perempuan oleh UAI:
“Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, “Guaner tukar side mirror buh Kancil?” “Nak bagi nampak lawo.” Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta.” Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah.”
Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.
3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.
- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.
4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.
5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.
6. Pegang tafsir Quran masa haid
- Boleh.
7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?
- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.
8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.
- diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.
9. Apa hukum tak bayar tol?
- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.
10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.
11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.
UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”
12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.
13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.
UAI:”Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima.” UAI: “mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain.”
UAI: “Payah nak cari yg penyayang macam saya”
14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
-3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.
15. Boleh amik air wudhu’ putus2? amik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.
16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.
17. Hukum doa fb.
- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.
18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.
19. Mengata orang dalam berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- “celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.
20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.
21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.
22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.
23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.
24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.
25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Cth:”Wallah, Tallah”.
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.
- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”
26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.

Jangan Bersangka Buruk Terhadap Bakal Isteri


BY USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL -MUNAKAHAT
Saya ada persoalan berkaitan bakal isteri saya. Kami akan berkahwin hujung tahun ini. Masalahnya saya terlalu memikirkan kisah silam bakal isteri saya. Dia mengakui yang dia pernah keluar berdua-duaan dengan kawan lelakinya, walaupun dia tidak berpegangan tangan atau sebaliknya. Hanya setakat keluar makan. Bila saya terkenang pasal itu hati saya terus tidak tenteram. Rasa sakit hati atau hendak marah. Mula memikirkan perkara yang bukan-bukan semasa mereka keluar berdua.. Mohon nasihat ustaz agar hati saya lebih redha dan tenang dengan apa yang telah berlaku sekiranya dia adalah jodoh terbaik saya. Terima kasih ustaz.

Jawapan

Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang telah disyariatkan kepada sesiapa yang berkemampuan dari segi zahir dan jasmani. Sesiapa yang membuat keputusan untuk berkahwin hendaklah bersedia dari segala aspek kerana perkahwinan ini bukan sesuatu perkara yang mudah seperti kita membeli ikan di pasar. Banyak benda yang perlu kita fikir dan pertimbangkan seperti agama, rupa paras, keturunan dan harta. Islam telah menyarankan kepada hambanya supaya memilih pasangan berdasarkan agama mereka, bukan berdasarkan rupa paras yang ada kepada mereka. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara : Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam masalah anda ini, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan dan dosa kecuali para nabi dan rasul kerana mereka adalah maksum (dipelihara Allah). Sepatutnya anda perlu memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan oleh bakal isteri awak, betapa baiknya dia sanggup menceritakan segala kisah silamnya. Sepatutnya anda kena terima secara terbuka, ikhlas serta bersangka baik dan bukan bersangka buruk terhadapnya. Islam juga menyarankan umatnya bersangka baik terhadap orang lain dan kerana bersangka buruk boleh mendatangkan fitnah dan boleh menyebabkan hubungan anda menjadi masalah dengan bakal isteri anda.
Sepatutnya anda kena menerimanya dengan baik walaupun dirinya tidak memenuhi segala kreteria yang anda tetapkan. Hal ini boleh diterima dengan satu cara sahaja iaitu memilih bakal isteri berdasarkan agama seperti menutup aurat, melaksanakan ibadah fardu dengan baik, menghormati orang, lemah lembut, mempunyai akhlak yang mulia atau sebagainya. Anda dan keluarga anda juga tidak akan kecewa kerana wanita yang taat kepada perintah Allah telah tahu apa tugasnya sebagai isteri dan hamba Allah, anda juga tidak perlu mengajarnya menjadi seorang isteri dan menantu yang baik, malah jika anda melakukan kesalahan dia sendiri yang akan menegur dan memberi nasihat kepada anda. Betapa bahagianya bila ada isteri sebegini, sejuk mata dan lembut hati bila bersamanya.
Buangkan segala perasaan negatif terhadap bakal isteri anda kerana ia tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada diri anda dan keluarga anda. Bila berkahwin tanggungjawab anda besar dan akan bersamanya sampai bila-bila. Jika pada awalnya sudah berperasaan negatif, bagaimana anda hendak menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab? Saya juga yakin rumahtangga yang dibina pasti akan timbul masalah yang besar dan ini akan menjadi duri dalam bahtera rumahtangga anda. Bila berlaku sahaja pergaduhan dan pertengkaran masalah silam isteri akan diungkit.
Hidup anda bersamanya juga menjadi tidak nyaman kerana buruk sangka sentiasa bermain di dalam fikiran anda, lama-lama ia akan membuatkan perasaan anda tidak tenteram, waktu itu juga anda akan sentiasa mencari gaduh dengannya walaupun perkara tersebut remeh seperti masakan tidak sedap, air kopi tidak manis atau sebagainya. Masalah ini juga boleh mendatangkan penceraian, bila berlaku cerai anak-anak terabai sehingga menyebabkan anak mencari keseronokan diluar kerana mereka beranggapan ibu bapa mereka bukan tempat untuk mereka bermanja dan mengadu masalah.
Cuba kita perhatikan betapa besar inpak atau kesan dari sangka buruk tadi. Pada awalnya kecil tapi kesannya sangat dalam sehingga boleh menyebabkan pengabaian tanggungjawab di dalam rumahtangga. Bagaimana nanti bila anda mati dan berada di hari perhitungan Allah. Ya ibadah anda sempurna tetapi tanggungjawab terhadap keluarga tidak sempurna disebabkan buruk sangka anda. Keputusannya, Allah memerintahkan diri anda dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan anda cuai sebagai ketua keluarga. Nauzubillahiminzalik….

Tujuan perkahwinan untuk mencari keseronokkan dan ketenteraman di dalam kehidupan. Orang berkahwin segala keperluan hidupnya dipenuhi seperti kesempurnaan ibadah, seksual, memperolehi keturunan  dan segala yang dapat dinikmati di dalam alam berumahtangga. Kata Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Ihya' Ulumuddin, terdapat lima tujuan pertama, dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka. Kedua, menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram. Ketiga, Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja. Keempat, dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat. Kelima, dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga.