2 TABIAT PEREMPUAN BAWA KE NERAKA
As’salamualaikum .
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid,
di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan
Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum
wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda
pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum,
wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak
di neraka”.
Seorang wanita lalu
bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini
kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat
kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
·
Kamu
banyak mengutuk/menyumpah
·
Kamu
kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW
mengingatkan supaya:
·
Banyak
beristighfar
·
Banyak
bersedekah
Keterangan: Yang
dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan
kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan
marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan
mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu
cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena
sumpah.
Contoh 2 – Tengah
memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak
habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh
suami.
Berkaitan dengan hal
ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang
dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW
berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup
engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia
tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini,
saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat
kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti
berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna
sesen pun']
Rasulullah SAW
sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu
pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan
Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar
dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh
menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat
beristighfar:
a. Sabda Rasulullah
SAW :
“Siapa yang
melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang
yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda
lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.
Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah
SAW :
“Siapa yang
melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.
Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.
Sifat hazan bererti berdukacita”
c. Istighfar juga
memurahkan rezeki.
Jangan dianggap
rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga
termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
d.
Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama
ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah
rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina
Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta
diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang
Allah SWT berkenan tutur katanya”.
2.
Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga
terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum
sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi
:”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan
bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan
kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari
sekarang3. Memaniskan wajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan