Isnin, 2 April 2012

Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu: Bertudung , Namun.......

Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu: Bertudung , Namun.......

Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu: Wanita Lamar Lelaki Merupakan Amalan Mulia

Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu: Wanita Lamar Lelaki Merupakan Amalan Mulia

Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu: NORA DANISH KANTOI,NAMPAK PULAK DALAMNYA?

Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu: NORA DANISH KANTOI,NAMPAK PULAK DALAMNYA?

8 Sarapan Terbaik Dan Terburuk Buat Anda

Sarapan sudah pasti perlu buat Anda. Tapi benarkah sarapan yang anda ambil benar-benar sihat dan baik bagi tubuh anda? Berikut ini adalah 8 sarapan pagi yang paling sering dinikmati oleh orang di seluruh dunia. Menu sarapan yang baik atau yang buruk adalah pilihan anda.


KOPI
Buat Anda penggemar kopi, minum kopi di pagi hari ternyata memberikan manfaat yang luar biasa buat kesihatan Anda. Sebuah penelitian baru menunjukkan bahawa kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes, sakit jantung, perut kembung, Parkinson, batu ginjal, dan cirrhosis. Dari semua jenis kopi, Black coffee adalah yang terbaik, terutama buat wanita.


COKLAT
Makan coklat di pagi hari? Ya, kenapa tidak? Cubalah Coklat hitam yang mengandung 70% cocoa. Jenis ini terbukti memberikan manfaat pada kesihatan tubuh. Selain memiliki kadar gula rendah, coklat hitam adalah sumber antibodi tubuh polyphenol dan flavonoid antioxidant (sama seperti kandungan green tea). Makan coklat hitam secara teratur di pagi hari akan mengurangi risiko pengentalan darah, stroke, sakit jantung, dan menurunkan tekanan darah. Coklat hitam pun telah terbukti meningkatkan semangat kerja, memperbaiki mood, dan memberikan energi yang diperlukan bagi aktivita anda seharian. Tapi hati-hati, jangan makan lebih dari 2 ons / hari karena kalori coklat cukup tinggi untuk membuat tubuh anda membengkak.


SODA
Ada yang minum soda di pagi hari? Hmm… ini cara buruk untuk memulakan pagi anda. Minum dengan kadar fruktosa tinggi, soda, dan pemanis buatan yang terdapat dalam minuman soda dapat merosakkan pangkreas anda, yang menyebabkan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh, dan meningkatkan berat badan. Jika kebiasaan ini diteruskan, lama-lama anda akan mengidap penyakit diabetes. Asid phosphoric dalam minuman bersoda pun berpotensi mengikis tulang, membuat anda jauh lebih cepat terkena osteoporosis.


OATMEAL
Banyak orang meyakini bahawa bubur oatmeal adalah sarapan kesihatan paling ideal. Tapi baru-baru ini,Hospital Boston menemukan bahawa oatmeal yang dimakan anak-anak terus-menerus setiap hari akan meningkatkan kadar gula dalam tubuh yang dapat membantutkan proses kognitif (pemikiran) mereka. Walau baik bagi kesihatan tubuh, tidak ada salahnya memberikan anak-anak sarapan yang pelbagai seperti omelet, sayuran, dan buah-buahan.


PIZZA
Walau bukan makanan sihat (kerana tergolong junk food), pizza ternyata mengandungi bahan-bahan yang menyihatkan. Sos tomato di dalam pizza, mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan terkuat saat ini. Selain mencegah kanser, lycopene juga membantu penurunkan kolesterol dan tekanan darah. Pizza vegetarian adalah varian yang terbaik untuk sarapan anda. Hindari sarapan pizza yang memakai topping sosis, peperoni, daging, dan parmesan yang banyak.


TELUR
Telur memang menempati peringkat pertama makanan berkolesterol tinggi. Tapi dari hasil kajian terhadap 115.000 lelaki dan wanita Amerika, Dinas Kesihatan USA tidak menemukan adanya risiko penyakit jantung yang dialami oleh para pemakan telur itu. Wanita yang makan telur lebih dari satu perhari adalah yang paling rendah kemungkinan terkena penyakit jantung. Selain itu, telur merupakan sumber protein terbesar dan mengandungi Omega-3 yang mencegah nyanyuk.


IKAN
Sarapan atau makan ikan 2 kali seminggu dapat menekan risiko terkena sakit jantung dan penyumbatan pada jantung. Ikan pun mengandung Omega-3, dan mencegah risiko terkena diabetes dan Alzheimer. Ikan yang paling baik buat kesihatan anda adalah ikan sardin, herring, anchovies, salmon, mackarel kecil. Ikan2 besar seperti iklan pedang, ikan tile, tuna, dan hiu pun sangat bermanfaat pada tubuh.


GULA BUATAN
Sebuah iklan menyebutkan bahwa gula buatan baik bagi tubuh dan mencegah kegemukan. Namun kajian yang dilakukan Purdue University-Amerika baru-baru ini dapat membuktikan bahawa baik gula asli atau buatan, ternyata sama-sama berpotensi membuat tubuh cergas. 
http://i882.photobucket.com/albums/ac25/mady83/Banner125.gif
http://www.mahamahu.com/2012/03/mencari-blogger-untuk-projek-amal.html